Antara masalah besar apabila menggunakan telefon pintar atau jam pintar adalah paparan skrin yang mudah pecah atau calar. Jadi, ramai pengguna perlu mendapatkan pelindung skrin tambahan agar lebih selamat dan tahan lasak.

Oleh itu, Apple kini dilaporkan sudah mematenkan panel kaca tahan lasak untuk peranti iPhone dan Apple Watch menggunakan zirconia. Zirconia merupakan seramik tahan lasak yang digunakan pada barang kemas sebagai pengganti permata.

Sumber Gambar: webringnet

Hal ini kerana ia tidak mudah calar dan lebih tahan lasak sekaligus menjadikannya pilihan yang cukup tepat untuk digunakan pada skrin iPhone dan Apple Watch. Malah, majoriti penganalisa menjangkakan bahan kaca seramik ini bakal digunakan pada versi Pro.

Malah, penggunaan bahan kaca ini juga bakal memberi kesan pada harga penawaran pada masa kelak yang mana lebih tinggi. Perlu diingatkan Apple sebelum ini sudah pun menggunakan teknologi pelindung seramik sejak dua tahun lalu menerusi siri iPhone 12.

Apple sebelum ini dilaporkan telah memesan sebanyak 90 juta iPhone dari pengilang kerana yakin tidak terjejas dengan krisis global.

Yakin Tidak Terjejas Dengan Krisis Global, Apple Memesan 90 Juta iPhone 14 Dari Pengilang

Apple Pilih Bulan September Untuk Pengenalan iPhone Dan Apple Watch Baharu