Apple sudah memperkenalkan MagSafe untuk memudahkan pengecasan secara wireless bagi siri model iPhone 12. Ramai pengguna sangat mengemari dengan MagSafe kerana senang digunakan dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Kini Apple dilihat mahu memperluaskan lagi penawaran pengecasan wireless pada peranti dengan teknologi terbaharunya.

Berdasarkan terbitan laporan laman US Patent and Trademark Office (USPTO), Apple dilaporkan telah menfailkan paten teknologi skrin pengecasan berbalik wireless. Fail ini telah dipatenkan pada bulan Mac 2021 yang lalu dan diterbitkan pada penghujung tahun lepas.

Sumber Gambar: USPTO

Menerusi teknologi yang dikenali sebagai Through-Display Wireless Charging ini, pengguna boleh mengaktifkan fungsi ini untuk mengecas peranti lain seperti Apple Watch dan AirPods secara wireless. Pengguna hanya perlu meletakkan aksesori berkenaan pada atas skrin iPhone mereka apabila fungsi ini dihidupkan.

Berdasarkan perincian fail paten yang diterbitkan ini juga menyatakan bahawa sebahagian skrin peranti iPhone ini akan dipadam sewaktu fungsi ini sedang beroperasi. Terdapat kemungkinan Apple mahu memastikan skrin tidak rosak ekoran haba yang dihasilkan sewaktu proses pengecasan pada skrin.

Menariknya, pengguna boleh mengecasnya pada skrin hadapan iPhone dan bukanlah seperti kebiasaan yang perlu dicas daripada belakang panel. Buat masa ini, masih belum diketahui sama ada Apple benar-benar menawarkan fungsi ini pada siri iPhone terbaharu kelak atau sebaliknya.

Sementara itu, iPhone SE generasi ketiga juga dijangka bakal diperkenalkan seawal Mac tahun ini dengan sejumlah peningkatan teknologi padanya.

iPhone SE Baharu Bersama Sokongan Rangkaian 5G Mungkin Dilancarkan Seawal Mac Tahun Ini

Apple Sedang Bangunkan Fungsi Kesan Kesihatan Mental Menerusi iPhone

Sumber