Syarikat Apple dilihat sangat komited dalam menawarkan barisan perantinya yang menyokong rangkaian 5G pada tahun hadapan. Model iPhone SE merupakan penyumbang besar kepada pendapatan pada sebelum ini juga akan menerima kemas kini yang terbaru.

Melalui laporan yang dibuat oleh Nikkei, Apple dijangka bakal memperkenalkan iPhone SE 5G pada suku pertama tahun 2022. Siri model kali ini akan menampilkan cip Apple A15 yang terbaru berserta cip Qualcomm X60 untuk modem rangkaian 5G pada peranti ini.

vocket-tech-news-iphone-se-2-header
Sumber Gambar: Slash Gear

Selain itu, terdapat desas-desus mengatakan rekaan iPhone SE 5G yang akan datang mirip seakan iPhone 8 serta dilengkapi dengan panel berukuran 4.7-inci LCD. Sebaliknya buat model iPhone Mini 12 tidak akan menerima sebarang kemas kini ekoran permintaan yang rendah.

Seperti yang kita sedia maklum iPhone SE pernah dinobatkan sebagai peranti yang berbaloi untuk dimiliki oleh pengguna pada tahun lalu. Jangkaan harga model iPhone SE ini akan mengikut jejak langkah yang sama apabila ia dilancarkan kelak.

Berikutan dengan usaha penawaran peranti iPhone yang menyokong rangkaian 5G pada tahun hadapan, Apple telahpun meminta pihak kilang meningkatkan pengeluaran sebanyak 20%. 

Yakin Dengan Siri iPhone 13, Apple Minta Kilang Tingkatkan Pengeluaran Sebanyak 20%

Machines Tawarkan Promosi iPhone 12 Dengan Harga RM410 Lebih Rendah

Sumber