Penggunaan kamera badan bagi penguat kuasa bukanlah sesuatu perkara yang baharu kerana di China dan Amerika Syarikat sudah menggunakannya sejak sekian lama. Dengan adanya kamera badan, anggota boleh merakam sitausi sesuatu operasi secara langsung lalu dikongsi kepada ibu pejabat sebagai rekod bahan bukti.

Sehubungan itu, penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bakal dilengkapi dengan peralatan kamera badan yang dijangka dilaksanakan pada Jun tahun ini. Difahamkan tujuan pemakaian kamera badan adalah usaha untuk menangani salah laku dalam kalangan pasukan beruniform itu.

Sumber Gambar: Utusan

Pelaksanaan itu akan dilakukan secara berperingkat di seluruh negara yang mana melibatkan lebih 100 anggota dan pengawai kastam termasuk mereka yang berkerja di lapangan seperti di KLIA dan stesen sempadan. Selain menangani salah laku, ini juga salah satu cara untuk meningkat integriti JKDM.

Dengan langkah ini, penguat kuasa kastam bakal menjadi pasukan beruniform yang pertama menggunakan peralatan kamera badan di Malaysia. Sementara bagi anggota polis juga dikatakan akan berbuat sedemikian dalam masa terdekat.

Bercakap mengenai kamera, sudahkah anda dapatkan dash cam untuk kereta anda bagi tujuan rakaman bukti jika berlaku kemalangan? Boleh klik di pautan bawah untuk lebih lanjut.

Berbaloi Dan Tahan Lasak, Ini 6 Dashcam Berbaloi Didapatkan Dengan Kualiti Video Yang Baik

6 Speaker Bluetooth Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Dengan Harga Serendah RM49 Sahaja

Sumber