Sehingga ke hari ini, rakyat Malaysia masih belum berpeluang merasai akses internet pantas 5G seperti di negara lain. Hal ini disebabkan pelbagai perkara yang perlu diambil kira sebelum pelaksanaan boleh direliasasikan dengan lancar terutamanya di peringkat negara.

Namun begitu, kerajaan mengakui bahawa Malaysia agak ketinggalan jauh daripada negara lain dalam pelaksanaan 5G di negara ini. Dahulunya, pelaksanaan 3G dan 4G mengambil masa selama tujuh tahun barulah dapat meliputi 80% kawasan berpenduduk.

Sumber Gambar: dgl.infra

Sehubungan itu, kerajaan mengharapkan agar pelaksanaan 5G ini dapat dilakukan dengan lebih cepat iaitu dalam tempoh tiga tahun untuk meliputi 80% kepada kawasan berpenduduk. Sasaran ini juga bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dapat bergerak setara dengan negara lain dalam pelaksanaan 5G.

Dalam pada itu, TS Annuar Musa berkata pelaksanaan 5G mesti dilakukan tanpa terhalang sekaligus disegerakan dalam memastikan daya saing negara kerana infrastruktur 5G adalah satu kemestian pelabur pada masa akan datang.

Sementara itu, beliau juga menyatakan harga borong semasa 5G yang ditetapkan kurang daripada 20 sen setiap GB adalah kekal biarpun terdapat perubahan struktur pemegang saham. Hal ini dilakukan agar pengguna tidak akan terbeban jika berlaku sebarang perubahan struktur kelak.

Sementara itu, Nokia turut komited mahu bantu kerajaan Malaysia mempercepatkan pelaksanaan 5G dalam menawarkan askes internet berkelajuan tinggi.

Nokia Komited Mahu Bantu Kerajaan Malaysia Mempercepatkan Pelaksanaan Rangkaian 5G

Pencawang Telefon Selular Akan Ditambah Lebih Banyak Terutamanya Di Kota Tinggi

Sumber