Walaupun nama Nokia sudah tidak diingati sebagai pengeluar peranti lagi, syarikat ini sebenarnya masih gah sehingga ke hari ini dengan menawarkan solusi rangkaian 5G untuk pelbagai sektor ekonomi negara di dunia.

Sehubungan itu, Nokia sebagai peneraju global dalam industri telekomunikasi dilaporkan komited untuk membantu kerajaan dalam usaha mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.

Nokia mempunyai empat portfolio utama iaitu rangkaian mudah alih, infrastruktur rangkaian yang merangkumi tiga sub portfolio, perkhidmatan rangkaian awam dan teknologi.

Sumber Gambar: Nokia

Menerusi Pengarah Urusan Nokia bagi Malaysia, Maldives dan Sri Lanka, Datuk Mohd Rauf Nasir mengatakan bahawa syarikat ini menawarkan penyelesaian secara menyeluruh dengan menggunakan stesen asas atau rangkaian akses radio (RAN).

Beliau menambah lagi kejayaan pelaksaan rangkaian 5G ini juga bukan setakat merangkumi penyampaian infrastruktur kritikal terhadap perkhidmatan pengguna tetapi turut melibatkan aspek pendigitalan perniagaan. Dengan teknologi Nokia yang ditawarkan juga boleh menjadikan Malaysia lebih kompetitif sekaligus menarik pelabur luar.

Di samping itu, pihak Nokia juga tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya kerajaan mahu melakukan perlaksanaan model Rangkaian Borong Tunggal (SWN) atau sebaliknya bagi pelaksanaan 5G ini. Mereka cuma mahu menfokuskan terhadap teknologi dan ingin memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggannya.

Malah sebelum ini juga Telekom telah berjaya menyertai Konsortium Sistem Kabel Dasar Laut Baharu untuk menawarkan laluan data terpantas merentasi negara Eropah.

Telekom Sertai Konsortium Sistem Kabel Dasar Laut Baharu Dengan Kapasiti Lebih 100Tbps

Maxis Fiber Berjaya Capai Kelajuan Mencecah 10Gbps Menggunakan Teknologi Fiber Terpantas Malaysia

Sumber