Penawaran sejumlah aplikasi yang mudah didapati menerusi platform Google Play Store membolehkan pengguna bebas untuk memasangnya di peranti Android. Dalam pada itu, terdapat amaran terbaru yang dikeluarkan berkait dengan 8 aplikasi yang disyaki berbahaya dan lantas Google mengeluarkannya daripada platform tersebut dengan serta-merta.

Amaran terbaru ini dikeluarkan oleh polis Belgium ekoran 8 aplikasi tersebut didapati mengandungi malware atau virus yang berbahaya yang dikenali sebagai Joker. Walaupun kesemua aplikasi telah dikeluarkan daripada platform tersebut, pengguna dinasihatkan untuk memadam aplikasi berkenaan daripada peranti sekiranya sudah dipasang sebelum ini.

aplikasi android
Sumber Gambar: Channelfutures

Apa yang lebih membimbangkan adalah kemampuan malware Joker ini memuat turun perisian intip dan sistem pelangganan premium kepada telefon mangsa dan akan membuat langganan bulanan yang mahal tanpa pengetahuan mangsa.

Dilaporkan sebelum ini sebahagian mangsa sudahpun kerugian sehingga £240 (~RM1,375) setahun disebabkan oleh langganan premium tersebut. Dengan menggunakan modus operandi yang sama, virus Joker kali ini dilihat masih giat membuat langganan premium ke suatu aplikasi tanpa pengetahuan pengguna.

aplikasi android
Sumber Gambar: AndroidPIT

Menurut pengawai siasatan jenayah siber, perisian hasad yang dikenali sebagai Joker ini berkebolehan mengakses semua maklumat di peranti mangsa termasuklah mesej, nombor yang disimpan dan segala data peribadi pengguna yang tersimpan.

Kebiasaanya mangsa hanya menyedari mengenai langganan tersebut selepas menerima penyata kad bank bulanan. Virus ini mula dikesan pada 2019 dan kini membuat kemunculan semula, dan lebih mengejutkan apabila ianya telah dikesan di dalam sebilangan aplikasi yang dipercayai.

8 aplikasi yang dikeluarkan oleh pihak polis Belgium.
  1. Auxiliary massage
  2. Element Scanner
  3. Fast Magic SMS
  4. Free CamScanner
  5. Go Massages
  6. Super Message
  7. Great SMS
  8. Travel Wallpapers

Sebagai peringatan, anda perlu sentiasa berwaspada dengan memuat turun aplikasi hanya menerusi sumber yang dipercayai serta meneliti setiap kebenaran akses yang diminta oleh aplikasi berkenaan. Alangkah baiknya jika anda mengambil langkah berjaga-jaga daripada permulaan kerana menyesal di kemudian hari tiada gunanya.

Sementara itu, anda boleh meneruskan bacaan mengenai cara melindungi diri dalam talian daripada hacker dan scammer.

Cara Mengelakkan WhatsApp Kena ‘Hack’ Dengan Mudah Menerusi Fungsi Pengesahan 2 Langkah

DragonForce Kongsi Lima Cara Elak Daripada Menjadi Mangsa Hacker Dan Scammer

Sumber