Powerbank berbaloi sudah menjadi benda wajib lebih-lebih lagi untuk mereka yang sering menggunakan telefon pintar bagi tujuan pekerjaan seperti penghantar makanan. Yang jenis travel juga tidak terkecuali dalam menyediakan powerbank untuk mengecas peranti sewaktu perjalanan.

Jadi, sebaiknya kita memilih powebank yang berkualiti, tahan lama dan berkapasiti besar. Di pasaran tempatan, terdapat pelbagai jenis powerbank yang sedia ditawarkan buat pengguna. Oleh itu, mari kita lihat beberapa pilihan powerbank berbaloi yang boleh didapati di Shopee.

1. Portable Mini Powerbank Mirror Screen

powerbank terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Pilihan powerbank yang paling murah dalam masa yang sama berkualiti tinggi adalah Portable Mini Powerbank Mirror Screen. Saiznya tampil kompak dan ringan yang memang senang untuk dibawa ke mana-mana. Menariknya, model ini hadir dengan kapasiti 30,000 mAh untuk kegunaan jangka masa panjang.

Malah, terdapat pelbagai jenis port termasuklah lightning, Type C, dan mikro USB sekaligus membolehkan anda mengecas pelbagai peranti dalam satu-satu masa. Ditambah pula hadir sokongan teknologi Quick Charge 3.0 serta ciri keselamatan agar ia tidak panas sewaktu digunakan.

Jika anda mahukan mini powerbank dengan spesifikasi padu ini, kini ia ditawarkan pada harga serendah RM28.50 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Portable Mini Powerbank Mirror Screen

2. realme Powerbank 2

powerbank terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Antara pilihan jenama dipercayai yang sedia menawarkan sebuah powerbank yang berbaloi adalah realme. realme Powerbank 2 didatangkan dengan kapasiti 10,000 bersama sokongan 18W Quick Charge dan tersedia dua port yang membolehkan pengecasan dua peranti sekaligus menerusinya.

Dari segi rekaan, realme memilih untuk menampilkan ciri sleek dan nipis yang menjadikan pengecasan seharian atau sewaktu travel lebih mudah. Malah, terdapat 13 lapisan perlindungan litar bukan sahaja untuk menjamin keselamtan pengguna sahaja bahkan dapat menggelakkan isu pada peranti yang dicas.

Anda boleh dapatkan realme Powerbank 2 pada penawaran harga RM59 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang realme Powerbank 2

3. Pineng-899PD Powerbank

Sumber Gambar: Shopee

Bagi anda yang mahukan powerbank yang berkapasiti besar serta kualiti yang dijamin, jenama Pineng memang pilihan yang tepat. Model ini hadir dengan kapasiti 30,000 mAh jenis Polymer Lithium yang pasti memenuhi keperluan seharian anda. Bagaimanapun, ia agaklah berat serta menampilkan rekaan yang simple.

Selain itu, terdapat sejumlah port pengecasan yang memudahkan anda mengecas pelbagai jenis peranti dengan lancar malah terdapat sokongan Quick Charge menerusinya. Anda juga mudah untuk mengawasi tahap bateri powerbank tersebut kerana mempunyai paparan LED. Ditambah juga pelbagai ciri keselamatan dalam memastikan setiap peranti yang dicas di dalam keadaan baik.

Anda yang berminat dengan powerbank keluaran Pineng ini, bolehlah dapatkan di Shopee dengan harga RM73.90 sahaja.

Beli Sekarang Pineng-899 PD Powerbank

4. Xiaomi Mi Powerbank 3

powerbank terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Seperti realme, Xiaomi juga menjadi pilihan ramai dalam mendapatkan sebuah powerbank yang berkualiti tinggi pada harga berpatutan. Xiaomi Mi Powerbank 3 boleh memastikan setiap peranti yang dimiliki mengharungi seharian tanpa sebarang masalah dengan mempunyai kapasiti 20,000 mAh.

Terdapat sejumlah port yang disediakan membolehkan anda mengecas beberapa peranti sekaligus dalam satu-sama. Malah, terdapat sokongan pengecasan pantas yang boleh mengecas penuh peranti  anda dengan cepat. Rekaannya juga agak nipis serta ringan dan boleh dimuatkan dalam poket.

Model Xiaomi Mi Powerbank 3 ini berharga RM89 sahaja yang boleh didapatkan di Shopee pada hari ini.

Beli Sekarang Xiaomi Mi Powerbank 3

5. Aukey PB-WL03S Powerbank

powerbank terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Aukey PB-WL03S merupakan antara pilihan terbaik yang pengguna di luar sana kerana penawaran spesifikasi yang cukup padu dalam masa yang sama harga boleh dimiliki. Pada pandangan pertama, anda sudah pasti jatuh hati pad rekaan yang cukup sleek dan kompak yang mudah dibawa ke mana sahaja.

Kapasiti 20,000 mAh sesuai bagi kegunaan seharian serta bagi mereka yang berkerja rider yang mahu mengecas penuh peranti pada setiap masa. Menariknya, terdapat ciri-ciri menarik seperti pengecasan secara wireless serta foldable stand padanya. Kelebihan lain adalah indikator LED, pengecasan pantas 3.0, ciri keselamatan terbina dan sebagainya.

Anda boleh dapatkan Aukey PB-WL03S Powerbank yang berharga RM99 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Aukey PB-WL03S Powerbank

6. Huawei Super Charge AP09Q

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, powerbank berbaloi keluaran Huawei ini juga antara pilihan berbaloi yang boleh didapatkan di pasaran. Huawei Super Charge AP90Q ini membenarkan pengguna mengecas peranti sama ada berasaskan port USB Type-A dan Type-C. Selain itu, ia direka bersaiz kecil serta minimalis dengan padanan warna hitam membuatkannya kelihatan premium.

Kapasiti 10,000 mAh ini boleh dicas penuh semula hanya dari 2.5 jam menerusi port fast charging di mana ciri ini tidak ditawarkan pada sebahagian powerbank di pasaran. Ciri keselamatan turut menjadi prioriti utama oleh Huawei dengan pelbagai jenis perlindungan seperti kawalan suhu bateri, perlindungan litar, keselamatan pengecasan berlebihan dan banyak lagi.

Anda boleh dapatkan model Huawei Super Charge AP09Q dengan harga RM105 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Huawei Super Charge AP09Q

Berdasarkan kesemua model yang disenaraikan di atas, powerbank berbaloi yang boleh didapatkan adalah Aukey PB-WL03S. Bukan hanya menawarkan pelbagai ciri menarik menerusinya, malah kapasiti yang besar boleh menjanjikan setiap peranti digunakan boleh beroperasi pada bila-bila masa.

Setiap model yang disenaraikan ini mempunyai perbezaan kapasiti serta fungsi yang ditawarkan menerusinya. Jadi, anda boleh buat pilihan mengikut citarasa masing-masing. Malah, dengan memiliki powerbank juga boleh menjadi sumber tenaga sementera di waktu kecemasan seperti bencana alam dan seumpamanya.

Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan set kabel pelbagai fungsi untuk memudahkan seharian anda dengan klik pautan di bawah.

Serba Lengkap Dan Berbaloi, Set Kabel Pelbagai Fungsi Ini Pastinya Memudahkan Aktiviti Seharian Anda

Serendah RM26.50, Lelaki Ini Kongsikan Bagaimana ‘Smart Plug WiFi’ Mampu Mudahkan Kerja Seharian

Sumber