Pada hari ini dianggarkan lebih daripada 100 juta orang memiliki Bitcoin iaitu kriptowang pertama di dunia. Malah, maksimum nombor Bitcoin yang diisukan sekitar 21 juta sahaja yang boleh didapatkan. Pasti ramai yang mahu mengetahui individu memiliki Bitcoin terbanyak dunia pada hari ini.

Dengan jumlah yang terhad, maka kriptowang ini akan sentiasa mempunyai ciri sekuriti yang baik serta nilai yang lebih terkawal. Oleh sebab itu, kriptowang berasaskan Bitcoin sentiasa berada di atas carta tertinggi di dalam dunia kripto. Mari kita lihat secara lebih dekat terhadap lapan individu yang memiliki terbanyak di dunia kali ini.

1. Satoshi Nakamoto

individu memiliki bitcoin terbanyak
Sumber Gambar: make us of

Satoshi Nakamoto mempunyai cerita yang unik berbanding pemilik lain di dalam senarai ini kerana tiada siapa yang tahu identiti sebenar individu ini. Sebaliknya, nama tersebut hanyalah nama gelaran yang digunakan oleh individu misteri ini yang menjadi pencipta Bitcoin serta bertanggungajawab untuk memulakan arena kripto ini.

Terdapat pelbagai spekulasi yang dibuat di mana antara individu yang disebut-sebut adalah Craig Wright, yang memenangi tuntutan besar di mahkamah selepas dituduh menipu rakan perlombongan lama sehingga mencecah berbilion ringgit di dalmdalam kripto. Setakat ini, pihak mahkamah masih tidak memutuskan keputusan sama ada beliau sememangnya pencipta Bitcoin atau sebaliknya.

Nakamoto mencipta Bitcoin pada tahun 2009 dan didakwa bahawa mereka telah melombong sejumlah 1.1 juta BTC sejak diperkenalkan. Hal ini menjadikan mereka pelombong paling besar di dunia.

Tambahan pula, dikatakan Nakamoto menyimpan lebih daripada separuh jumlah tersebut iaitu hampir bernilai $30 bilion (~RM125 bilion) pada hari ini. Hal ini sekaligus menjadikan Nakamoto sebagai pemilik terkaya dunia sehingga ke hari ini.

2. Cameron Winklevos dan Tyler Winklevos

individu memiliki bitcoin terbanyak
Sumber Gambar: The New York Times

Kembar Camero Winklevos dan Tyler Winklevos memperoleh nama dalam industri kripto selepas menjadi pengasas sebuah syarikat dagangan kriptowang popular, Gemini dan membuka firma pelaburan yang dikenali sebagai Winklevos Capital.

Kembar ini jugalah yang berkait rapat dengan konflik bersama Mark Zuckerberg berhubung idea penciptaan Facebook yang dikatakan telah dicuri daripadanya dan menerima wang sebanyak $65 juta (~RM275 juta) untuk menyelesaikan isu tersebut. Jadi, mereka sememangnya mempunyai peranan penting di dalam industri teknologi.

Pada tahun 2013, kedua-dua individu ini mengumumkan bahawa mereka memiliki sebanyak $11 juta (~RM46 juta) dalam kriptowang menerusi firma pelaburan mereka. Malah, mereka telah melabur lagi dalam sebuah syarikat dagangan kriptowang pada tahun 2019.

Setelah sekian lama mereka bersabar dengan memegang sejumlah besar kriptowang, akhirnya ia membawa pulang lumayan selepas industri kriptowang mulai rancak pada tahun 2020. Setakat hari ini sahaja, kedua-dua kembar ini dianggarkan mempunyai kriptowang yang bernilai $6 bilion (~RM25.1 bilion).

3. Barry Silbert

individu memiliki bitcoin terbanyak
Sumber Gambar: Bitcoin News

Seterusnya, Barry Silbert merupakan pengasas kepada sebuah syarikat multi-industri Digital Currency Group (DCG) mempunyai matlamat untuk membina dan menyokong pembangunan berasaskan blockchain. Syarikat yang dimiliki termasuklah penyedia pencairan aset dan firma pelaburan.

DCG dilaporkan telah melabur dalam lebih 200 syarikat start-up kriptowang dan berjaya memperolehi CoinDesk iatu sebuah laman penyedia berita kripto terkemuka dan juga Coinbase merupakan sebuah laman dagangan kriptowang yang sangat popular pada hari ini.

Buat masa ini, jumlah sebenar kriptowang yang dimiliki masih belum diketahui secara terperinci. Akan tetapi, salah satu syarikat firma pelaburan wang digital yang dimilikinya iaitu Greyscale telah menguruskan pelaburan kenderaan yang memegang lebih daripada 650,000 BTC atau ditukar kepada nilai semasa adalah sekitar $25 bilion (~RM104.6 bilion).

4. Tim Draper

Sumber Gambar; Human Biography

Tim Draper pula merupakan salah seorang lagenda dalam dunia pelaburan di Amerika Syarikat sehingga mampu membina kekayaan dengan membuat pelaburan awal di syarikat terkemuka seperti Skype, Baidu, Tesla dan SpaceX. Beliau juga menjadi penyokong kuat serta pelabur dalam teknologi Bitcoin dan blockchain.

Pada tahun 2014, Draper telah membeli sebanyak 30,000 BTC pada harga bidaan $19 juta (~RM79.5 juta) pada lelongan yang diadakan daripada hasil rampasan pasaran dalam talian, Silk Road. Pada mulanya ia dianggap sebagai satu pelaburan yang tidak masuk akal, kini nilai Bitcoin telah naik mendadak dan dipuji oleh orang ramai akan pilihan bijak yang dibuat.

5. Sam Bankman-Fried

Sumber Gambar: Forbes

FTX adalah salah satu lagi pemain besar di dalam dunia dagangan kriptowang dan pengasasnya sudah pasti telah menjana keuntungan yang banyak menerusi kriptowang yang dimiliki. Sam Bankman-Fried merupakan lulusan dari MIT pada 2014 dan mengasaskan FTX pada lima tahun berikutnya.

Beliau juga merupakan pengasas firma perdagangan kripto yang dipanggil Alameda Research pada tahun 2017. Dari sini, beliau sudah mulai mengumpul dana kripto dengan banyak walaupun pada mulanya bukanlah penyokong besar terhadap wang digital. Matlamat untuk Fried adalah untuk menjana wang serta memberi impak kepada industri.

Nilai bersih semasa yang dimiliki oleh beliau ketika ini berada pada $22.5 bilion (~RM94.2 bilion) dan layak digelar antara individu memiliki Bitcoin terbanyak di dunia pada hari ini.

6. Michael J.Saylor

Sumber Gambar: Bloomberg

Individu ini pula mempunyai kisah yang menarik sehingga tersenarai dalam carta ini kerana memasuki dunia kripto dengan alasan yang berbeza. Michael J. Saylor mengasaskan Microstrategy pada tahun 1989 iaitu menyediakan pelbagai program perisian dan perkhidmatan berasaskan awan kepada pelbagai industri.

Akan tetapi, syarikat ini mengalami kerugian yang teruk bernilai $6 bilion (~RM25 bilion) sehingga hampir memusnahkan syarikat miliknya. Dengan menggunakan sumber yang masih tersisa, lalu beliau mencuba nasib dengan membuat pelaburan pada Bitcoin.

Setakat ini, beliau memiliki lebih daripada 17,700 Bitcoin serta syarikatnya, Microstrategy sendiri memiliki sebanyak 120,000 Bitcoin. Mengikut nilai semasa, ia sudah mencecah hampir $4.8 bilion (~RM20 bilion) malah dilihat pelaburan berisiko Saylor benar-benar membuahkan hasil dan menjadi ikon Bitcoin .

Dari senarai individu memiliki Bitcoin terbanyak dunia ini, kita boleh lihat majoriti daripada mereka sememangnya sudah berada dalam industri besar teknologi serta mempunyai ilmu yang mendalam mengenai wang digital. Oleh itu, anda disarankan untuk belajar lebih mendalam sesuatu perkara sebelum membuat pelaburan dan seumpamanya.

Pada tahun lalu, seorang lelaki berjaya menjadi bilionair  dalam tempoh 14 bulan dengan hanya membuat pelaburan kriptowang Shiba Inu.

Dalam Tempoh 14 Bulan Sahaja, Lelaki Ini Menjadi Bilionair Menerusi Pelaburan Kriptowang Shiba Inu

Gara-Gara Terlupa ‘Password’, Pelabur Ini Hilang Akses Kepada Bitcoin Berjumlah RM890 Juta

Sumber