Baru-baru ini telah tular tentang kehilangan adik Sofiya Raniya di media sosial sehingga menimbulkan kerisauan ibu bapa di luar sana. Sebagai langkah berjaga, ada baiknya kita mendapatkan smartwatch kanak-kanak bersama ciri GPS pada hari ini.

Terdapat pelbagai jenama yang boleh didapatkan di pasaran dengan pelbagai fungsi berguna terutamanya untuk waktu kecemasan. Mari kita lihat lima pilihan smartwatch kanak-kanak dengan ciri GPS yang ditawarkan dengan harga mampu milik di Shopee.

1. 4G Kids Smart Watch 

smartwatch kanak-kanak
Sumber Gambar: Shopee

Selain daripada itu, smartwatch ini juga menjadi pilihan ibu bapa di luar sana dalam memantau lokasi anak-anak mereka. Model smartwatch ini mempunyai rekaan yang mesra kanak-kanak serta pratikal digunakan seharian. Paparan skrin juga kelihatan jelas yang boleh memudahkan anak-anak menavigasi fungsi yang terdapat padanya.

Selain hadir fungsi pengesanan serta kecemasan yang padu, ia juga didatangkan dengan kamera 8MP untuk menangkap gambar. Dari segi audio, terdapat mikrofon dan speaker yang tersedia. Menariknya, jam ini boleh direka lebih tahan lasak kerana mempunyai ciri kalis air IP55.

Anda boleh dapatkan 4G kids smart watch yang berharga RM52.99 sahaja menerusi Shopee hari ini.

Beli Sekarang 4G Kids Smart Watch

2. Q50 Kids Smartwatch

smartwatch kanak-kanak
Sumber Gambar: Shopee

Model Q50 ini merupakan pilihan paling mesra poket yang anda boleh dapatkan dalam masa yang sama menawarkan pelbagai fungsi menarik padanya. Dari segi rekaan, ia tampil simple dengan beberapa pilihan warna yang terang. Antara fungsi berguna tersedia adalah GPS pengesanan dwi secara masa nyata yang tepat, kunci SOS untuk menghantar mesej kecemasan dan membuat panggilan.

Selain itu, ibu bapa juga memantau kawasan aktiviti semasa anak-anak dengan aplikasi dan ia juga bakal menghantar pesanan peringatan ringkas jika mengesan mereka berada di luar kawasan. Untuk membolehkan ciri panggilan, anda bolehlah meletakkan kad sim pada slot yang disediakan.

Untuk anda yang mahu mendapatkan smartwatch yang serba guna ini, kini ditawarkan pada harga RM60 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Q50 Kids Smartwatch

3. S6 Kid Smart Watch 

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, antara model smartwatch yang sedia ditawarkan di pasaran adalah S6. Model ini didatangkan dengan rekaan yang sleek berserta binaan tekstur yang lembut padanya . Malah,paparan skrin yang jelas sudah pasti menyenangkan anak-anak mengakses fungsi tersediah bahkan terdapat sejumlah games yang boleh dimainkan menerusinya.

Terdapat pelbaga fungsi keselamatan yang disertakan termasuklah pengesanan secara langsung, membuat atau menerima panggilan ke keluarga terdekat dan juga notifikasi amaran keluar kawasan. Ibu bapa juga boleh mengakses lokasi anak-anak pada setiap masa dengan aplikasi yang disediakan.

Buat ibu bapa yang berminat dengan model ini yang hadir dengan rekaan menarik berserta fungsi berguna menerusinya, kini ia sedia ditawarkan pada harga RM69.90 di Shopee.

Beli Sekarang S6 Kid Smart Watch

4. HW11 GPS Smart Watch

Sumber Gambar: Shopee

Anda juga boleh pertimbangkan model HW11 GPS Smart Watch yang hadir dengan pelbagai fungsi keselamatan. Dari segi rekaan, smartwatch ini menampilkan rekaan yang moden serta bergaya. Kehadiran GPS yang mempunyai sistem dual positioning dapat mencari lokasi anak-anak dengan ketepatan yang tinggi.

Terdapat juga kamera 30MP yang disediakan yang mana boleh menangkap gambar sekeliling anak-anak dengan jelas menerusi aplikasi dengan mudah. Selain itu, ibu bapa boleh mengawal penggunaan smartwatch seperti menghalang akses sewaktu kelas malah boleh mendengar perbualan daripada jarak jauh dengan jelas dengan adanya mikrofon.

HW11 GPS Smart Watch ini boleh didapatkan pada harga RM162.40 melalui Shopee.

Beli Sekarang HW11 GPS Smart Watch

5. Diliberto A69 Kids Smart Watch

smartwatch kanak-kanak
Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, sebuah smartwatch yang serba canggih yang sedia ditawarkan iaitu Diliberto A69. Smartwatch ini bukan sahaja mempunyai rekaan yang menarik malah spesifikasi yang padu sekaligus memberi pengalaman penggunaan yang baik. Malah, anak-anak boleh mengakses aplikasi media sosial seperti WhatsApp, TikTok dan banyak lagi dengan mudah.

Dari segi keselamatan, model ini turut hadir dengan sistem dual positioning serta panggilan video yang jelas. Menariknya, model ini hadir sokongan 4G serta WiFi yang membolehkan akses kepada internet pantas setiap masa. Terdapat juga ciri penjejak kesihatan yang boleh menganalisis kesihatan anak-anak anda menerusinya.

Anda boleh dapatkan smartwatch serba canggih ini dengan harga RM229.50 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Diliberto A69 Kids Smart Watch

Jika diamati kesemua jam yang disenaraikan, Diliberto A69 Kids Smart Watch sedia menawarkan pelbagai fungsi yang menarik serta menyokong kad sim 4G yang mana majoriti jam lain hanya menyokong hingga 3G sahaja. Malah, ibu bapa boleh memantau dengan adanya sistem penjejak GPS yang terkini menerusi aplikasnya.

Konklusinya, smartwatch kanak-kanak sememangnya sebuah pelaburan yang berbaloi demi menjaga keselamatan anak-anak. Anda boleh dapatkan mana-mana model di atas kerana setiap yang disenaraikan mempunyai sistem GPS yang boleh mengesan lokasi anak-anak serta ciri panggilan SOS untuk kecemasan.

Selain kanak-kanak, kami juga ada menyediakan senarai smartwatch mampu milik yang boleh digunakan untuk produktiviti harian anda.

6 Smartwatch Mampu Milik Yang Boleh Anda Dapatkan Dengan Harga Serendah RM39.70 Di Shopee

6 Tablet Mampu Milik Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Di Bawah RM1,500 Menerusi Shopee

Sumber