Pada hari ini smartwatch berkualiti tinggi sudah boleh didapati dengan harga yang murah lantas menjadi pilihan semua orang termasuklah lelaki dan wanita di Malaysia. Terdapat sejumlah smartwatch mampu milik yang boleh didapati dalam pasaran hari ini.

Jenama-jenama yang menawarkannya sudah memberikan ciri menarik yang komprehensif bagi kegunaan aktiviti sukan dan juga kegunaan seharian. Malah, anda boleh mengakses aplikasi untuk penjejakan informasi dengan mudah. Oleh itu, mari kita lihat enam smartwatch mampu milik yang boleh didapati pada harga serendah RM39.70 sahaja pada hari ini.

1. Smartwatch T55

smartwatch mampu milik
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, anda boleh dapatkan jam dengan harga marhaen bahkan masih diberikan pelbagai ciri menarik menerusinya. Dari segi rekaan sahaja, ia tampak seakan Apple Watch. Pelbagai ciri pemantauan kesihatan yang hadir padanya seperti memantau kualiti tidur, tahap oksigen, tekanan darah dan kadar denyutan nadi.

Selain itu, anda juga boleh mengakses sejumlah mod sukan yang ditawarkan untuk memantau prestasi bagi setiap sesi aktiviti yang dilakukan. Bateri pula sebesar 160mAh yang boleh bertahan sekitar tujuh hari penggunaan. Paling menarik, model ini turut dilengkapi dengan ciri kalis air dan habuk yang sesuai untuk dipakai pada sebarang aktiviti lasak.

Jika anda berminat dengan smartwatch yang serba lengkap pada harga mesra poket, kini ia boleh didapatkan pada harga serendah RM39.70 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Smartwatch T55

2. Amazfit Neo Fitness Smartwatch

smartwatch terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Amazfit merupakan salah satu jenama terkenal smartwatch kesihatan yang dipercayai sejak sekian lama lagi. Model ini menawarkan rekaan yang cukup ringkas berserta kualiti plastik yang tahan lasak memang sesuai untuk kegunaan sukan. Paparan skrin juga lebih kompak dan mudah untuk melihat info.

Berat jam ini pula hanya 32gram sahaja dan dipadankan dengan bateri sebesar 160mAh yang mana mampu bertahan selama 28 hari dan maksimum 37 hari dengan mode jimat bateri. Antara fungsi menarik adalah menjejak kadar degupan jantung 24/7, memantau tidur dengan sensor BioTrackerTM, notifikasi mesej dan pelbagai mod sukan padanya yang boleh diakses menerusi aplikasi sahaja.

Kini model Amazfit Neo Fitness Smartwatch sedia dijual pada harga RM119 sahaja menerusi Shopee hari ini.

Beli Sekarang Amazfit Neo Fitness Smartwatch

3. Kospet Raptor Smartwatch

smartwatch terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, antara model pilihan ramai adalah Kospet Raptor Smartwatch dengan pelbagai fungsi menarik padanya. Jam ini dilihat menggunakan bahan besi pada bezel serta rekaan shockproof untuk kegunaan lasak. Smartwatch ini juga melepasi ujian kualiti gred ketenteraan untuk semua jenis persekitaran dan cuaca.

Skrin bersaiz sederhana 1.3-inci memang sesuai buat anda yang bertangan kecil. Model ini sudah semestinya mempunyai ciri kalis air IP68 yang boleh dibawa untuk berenang dan bersukan air. Seperti smartwatch yang lain, model ini dilengkapi penjejak kadar degupan 24/7, 20 mod sukan, pengawal muzik, kawalan pernafasan dan banyak lagi.

Untuk anda yang mahukan jam keluaran Kospet ini, kini sedia ditawarkan pada harga RM122.50 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Kospett Raptor Smartwatch

4. realme Watch 2

Sumber Ganbar: Shopee

Jenama realme juga tidak ketinggalan menawarkan sebuah smartwatch yang multifungsi bagi memudahkan aktiviti seharian anda. Model ini hadir dengan rekaan yang menarik bersama skrin sesentuh LCD 1.4-inci yang cukup responsif serta wristband daripada bahan silikon yang sangat selesa.

Bateri sebesar 315mAh mampu bertahan selama 12 hari penggunaan dan selepas itu boleh dicas penuh dalam masa dua jam sahaja. Fungsi menarik yang disertakan termasuklah 15 mod sukan, penjejak kadar degupan jantung 24/7, pantau kualiti tidur, jejak kadar oksigen dalam darah, kawalan musik, kawalan kamera dan notifikasi panggilan.

Sekiranya anda berminat dengan model smartwatch ini, kini ia ditawarkan pada harga RM149 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang realme Watch 2

5. PHL Music Pro Smartwatch

Sumber Gambar: Shopee

Antara model jam terbaik yang anda boleh dapatkan dengan harga berpatutan serta berkualiti tinggi adalah PHL Music Pro Smartwatch. Skrin berbentuk bulat bersaiz 1.29-inci ini dapat memaparkan informasi dengan jelas dan mudah untuk dikawal. Menariknya, model ini juga didatangkan dengan memori dalaman sebesar 8GB untuk menyimpan lagu menerusinya.

Ditambah pula ciri kalis air taraf IP67 membuatkan ia lebih tahan lasak apabila digunakan di dalam aktiviti sukan kelak. Antara fungsi lain adalah seperti memantau kadar degupan jantung, sensor Sp02, mod sukan pintar dan kustomasi face watch. Setiap data juga boleh diakses dengan mudah menerusi aplikasi khas yang disediakan.

Anda boleh dapatkan model PHL Music Pro Smartwatch ini dengan harga RM399 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang PHL Music Pro Smartwatch

6. Coros Pace 2 Smartwatch

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, sebuah model smartwatch di dalam kategori high end iaitu Coros Pace 2 Smartwatch yang sesuai untuk anda yang aktif bersukan dan gunakan seharian. Model ini menampilkan rekaan yang ringkas dengan skrin sesentuh 1.2-inci berbentuk bulat serta terdapat perlindungan Corning Glass yang sememangnya tahan lasak.

Smartwatch ini juga hadir dengan ciri kalis yang mengagumkan kerana mampu bertahan sedalam 50 meter di air. Menariknya, anda boleh menggunakan selama 20 hari dan hanya memerlukan dua jam sahaja untuk dicas penuh. Jam ini memang dilengkapi pelbagai teknologi tinggi seperti kompas, thermormeter, GPS, accelerometer dan sebagainya.

Buat anda yang berminat dengan smartwatch yang serba canggih dalam masa yang sama berpatutan, kini ia dijual dengan harga RM899 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Coros Pace 2 Smartwatch

Berdasarkan senarai jam yang dinyatakan, pilihan paling berbaloi untuk didapatkan bagi kegunaan jangka masa panjang serta berteknologi tinggi adalah Coros Pace 2 Smartwatch. Jam ini setanding seperti jenama terkemuka, Garmin tetapi versi mampu milik. Malah, pelbagai ciri menarik yang ditawarkan yang boleh dimanfaatkan di dalam seharian anda.

Semoga dengan senarai di atas dapat memudahkan anda membuat pilihan smartwatch mampu milik mengikut bajet masing-masing. Smartwatch dilihat salah satu peranti penting pada hari ini kerana pelbagai fungsi menarik yang ditawarkan bagi pemantauan kesihatan dan juga memudahkan urusan seharian dengan hanya akses di pergelangan tangan sahaja.

Dengan pandemik COVID-19 yang belum reda lagi, anda juga boleh mendapatkan beberapa gajet kesihatan bagi memantau kesihatan secara terperinci.

6 Gajet Kesihatan Yang Perlu Ada Di Setiap Rumah Ketika Pandemik COVID-19

Perbezaan Ketepatan Bacaan Oksigen Antara Smartwatch Dan Pulse Oximeter

Sumber