Kebersihan di rumah merupakan salah satu aspek penting dalam memastikan rumah bebas dari kotoran serta patogen yang memberi kesan buruk kepada kesihatan. Oleh itu, semakin ramai pengguna mulai mendapatkan robot vakum pembersih bagi kegunaan di rumah.

Selain itu, robot vakum pembersih  juga boleh menyelesaikan masalah bagi isi rumah yang tiada masa untuk melakukan pembersihan di keseluruhan sudut rumah pada setiap hari. Oleh itu, mari kita lihat lima robot vakum pembersih terbaik yang boleh didapatkan di Shopee untuk penjagaan kebersihan di rumah.

1. MORGAN MRV-VAC 1

robot vakum pembersih terbaik
Sumber Gambar: Shopee

MORGAN MRV-VAC 1 merupakan model dengan harga terendah yang sedia ditawarkan di Shopee. Teknologi yang terdapat padanya sudah memadai melakukan pembersihan asas serta mempunyai kekuatan sedutan yang baik. Reka bentuk pula sangatlah kompak membolehkan ia menembusi sudut kecil bagi tujuan pembersihan di sekitar rumah.

Kapasiti bateri hanyalah 1,500 mAh yang mana boleh beroperasi sekitar 85 minit sehingga 95 minit dan boleh meliputi 80m2. Kekurangan model ini perlu dicas secara manual berbanding model lain di pasaran. Robot vakum dari Morgan ini boleh digunakan pada banyak jenis permukaan lantai juga.

Buat anda yang mahu mencuba robot vakum pembersih, boleh dapatkan MORGAN MRV-VAC 1 pada harga serendah RM285.90 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang MORGAN MRV-VAC 1

2. Khind VC9X6A

robot vakum pembersih terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Jenama Khind memang sudah sedia terkenal dengan penawaran pelbagai barangan perkakasan rumah termasuklah robot vakum pembersih. Model Khind VC9X6A ini mempunyai empat mod pembersihan yang bakal merangkumi di spesifik kawasan atau keseluruhan rumah jika perlu.

Menariknya, robot ini akan dicas secara automatik jika tahap bateri sudah sampai kepada paras kurang 15%. Di samping itu, ia juga hadir dengan teknologi sensor anti-jatuh, anti-langgar dan boleh panjat sehingga 15°. Ditambah pula terdapat fungsi 2-in-1 iaitu mengemop dan pengeringan padanya.

Jika anda mahu dapatkan robot vakum pembersih keluaranh Khind, kini sedia ditawarkan pada harga RM409 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Khind VC9X6A

3. Dibea D500B Robotic Vacuum Cleaner

Sumber Gambar: Shopee

Pilihan ketiga robot vakum pembersih di dalam senarai ini adalah dari jenama Dibea. Model D500B ini tampil pelbagai ciri menariknya yang membuatkan ia satu solusi pembersih sempurna buat anda. Menariknya, rekaannya berbentuk D di mana lebih efektif untuk membersihkan kawasan penjuru dan sempit dengan mudah.

Selain itu, model ini juga didatangkan dengan sensor untuk mengelakkan ia jatuh sewaktu beroperasi. Malah, ia hadir dengan dua berus sisi dan satu berus utama untuk menyedut kotoran serta bulu binatang. Terdapat juga mod auto-return charging yang membolehkan robot tersebut membawa dirinya ke tempat pengecasan secara automatik apabila bateri sudah rendah.

Anda boleh dapatkan sebuah robot vakum pembersih yang serba lengkap dan canggih pada harga RM639 di Shopee.

Beli Sekarang Dibea D500B Robotic Vacuum Cleaner

4. Xiaomi Robot Vacuum Cleaner 2C

Sumber Gambar: Shopee

Seperti jenama Khind, Xiaomi juga sedia menawarkan pelbagai produk gaya hidup yang merangkumi seperti robot vakum pembersih ini. Perkara yang menarik dengan model ini adalah kemampuan menghubungkan robot ini dengan Google Assistant dan Alexa. Selain itu, anda juga berpeluang mengawal robot vakum menerusi aplikasi khas di peranti.

Model 2C ini mempunyai kuasa sedutan yang agak kuat iaitu 2,000 Pa yang mana mampu menyedut partikel halus seperti pasir dengan efisien pada pelbagai permukaan seperti lantai kayu, jubin dan karpet. Robot ini juga boleh menvakum sewaktu proses mop sekaligus dapat memastikan lantai anda sentiasa kering serta selamat dipijak selepas pembersihan.

Model Xiaomi Robot Vacuum Cleaner 2C sedia dijual pada harga RM809 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Xiaomi Robot Vacuum Cleaner 2C

5. Ecovacs Deebot Ozmo U2 Pro

robot vakum pembersih terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Antara robot vakum pembersih yang menjadi pilihan pengguna adalah Ecovacs Deebot Ozmo U2 Pro. Model ini direka khas untuk menguruskan bulu-bulu haiwan peliharaan sebab kapasiti kotak habuk yang besar. Berus pula jenis silikon yang membolehkan ia menyedut rambut atau bulu dengan mudah.

Model ini juga mempunyai corak pembersihan secara sistematik untuk mengelakkan sebarang kawasan tertinggal sewaktu pembersihan. Deebot Ozmo ini boleh membersih dalam masa 110 minit dengan sekali caj dan akan kembali ke dok pengecasan secara automatik apabila sudah rendah. Anda juga boleh mengawal robot tersebut menggunakan aplikasinya.

Model Ecovacs Deebot Ozmo U2 Pro ini boleh didapatkan pada harga RM879 melalui Shopee.

Beli Sekarang Ecovacs Deebot Ozmo U2 Pro

Berdasarkan pemerhatian dari segi fungsi dan respon orang ramai, model robot vakum pembersih yang berbaloi didapatkan adalah Xiaomi Robot Vacuum Cleaner 2C. Anda boleh menikmati pelbagai teknologi menarik padanya serta mempunyai kemampuan pembersihan yang lengkap bagi kegunaan di rumah.

Dengan mendapatkan robot vakum pembersih ini bukan sahaja dapat memastikan kediaman rumah anda sentiasa bersih sahaja, bahkan ia boleh beroperasi secara automatik mengikut tetapan yang dibuat. Semoga dengan senarai ini dapat memudahkan anda membuat pemilihan dalam mendapatkan robot vakum yang bersesuaian bajet anda.

Selain menjaga kebersihan, anda juga perlu mendapatkan CCTV yang berkualiti untuk pengawasan keselamatan di sekitar kediaman rumah anda.

6 CCTV Yang Berkualiti Dan Berbaloi Untuk Pengawasan Keselamatan Sekitar Rumah Anda

6 Soundbar Terbaik Yang Boleh Tingkatkan Pengalaman Tontonan Anda Di Rumah

Sumber