Selain mempunyai perkakasan permainan yang terbaik, para gamer juga mahu memiliki sebuah gaming headset dalam mendapatkan pengalaman audio yang terbaik. Menerusinya, anda boleh mendengar lagu, berkomunikasi secara langsung dan banyak lagi.

Malah, anda pasti masih bingung untuk membuat pemilihan lebih-lebih lagi dengan adanya pelbagai jenama di dalam pasaran hari ini. Oleh itu, mari kita lihat lima gaming headset yang boleh didapatkan di Shopee.

1. Gaming Headset Corsair HS35 Stereo

Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, anda boleh mencuba sebuah gaming headset yang berkualiti termasuklah bunyi dan binaan dengan harga berpatutan. Corsair HS35 didatangkan dengan 50mm audio driver seperti yang terdapat di model yang lebih mahal. Keseluruhan rekaan juga tampil futuristik serta diperbuat daripada bahan plastik yang kukuh.

Ditambah pula mikrofon yang boleh memudahkan berkomunikasi menerusinya serta boleh ditanggal mengikut kesesuaian tujuan. Dalam masa yang sama, model ini turut membawakan butang kawalan yang mudah diakses oleh pengguna. Corsair HS35 pun sangat mudah untuk disambungkan dengan PC, XBOX, PlayStation dan telefon pintar.

Kini anda berpeluang mendapatkan sebuah gaming headset yang bagus pada harga penawaran RM125 sahaja melalui Shopee hari ini.

Beli Sekarang Gaming Headset Corsair HS35 Stereo

2. Gaming Headphone Edifier G2 

gaming headset
Sumber Gambar: Shopee

Selain itu, anda boleh mendapatkan sebuah model gaming headset keluaran Edifier yang berkualiti dengan harga di bawah RM200 sahaja. Edifier G2 ini didatangkan dengan dengan 50mm audio driver yang mampu menghasilkan output yang lebih crispy dan padu.

Ditambah pula dengan sistem 7.1 bunyi sekeliling yang pasti meningkatkan lagi pengalaman permainan yang mengagumkan. Selain itu, model ini juga hadir dengan elemen gaming seperti lampu RGB berwarna-warni di earcup. Terdapat butang kawalan untuk melaras kelantangan audio, mengawal lampu RGB dan juga mute switch.

Kini anda berpeluang mendapatkan gaming headset berkualiti dengan harga serendah RM129 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang Headphone Edifier G2

3. Gaming Headset Logitech G431

gaming headset terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Antara pilihan terbaik yang boleh dipertimbangkan juga adalah Gaming Headset Logitech G431. Headset ini sesuai untuk gamer tegar yang mahu kualiti dan output yang padu dengan harga berpatutan. Model ini juga dilengkapi dengan 50mm audio driver bersama DTS 7.1 channel yang dapat menghasilkan bunyi yang realistik dan imersif.

Terdapat juga fleksibel mikrofon bersaiz 6mm yang boleh digunakan untuk berkomunikasi dan juga ada fungsi auto mute yang memang sesuai untuk livestreamer. Spesifikasi lain adalah datang dengan kabel berukuran 2 meter berserta bahan binaan yang ringan membuatkan sesi permainan yang lama lebih selesa.

Jika anda berminat dengan Logitech G431, kini dijual dengan tanda harga RM199 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Gaming Headset Logitech G431

4. SteelSeries Artics 1 All-Platform

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, anda boleh mendapatkan sebuah model keluaran jenama terkemuka SteelSeries. Model Artics 1 ini menampilkan rekaan yang minimalis serta lebih ringan membuatkan ia lebih mudah untuk dibawa bersama. Malah, headset ini telah direka khas boleh dipadankan pada sebarang peranti dengan mudah menerusinya.

Mikrofon pula mempunyai noise cancellation untuk menghasilkan suara yang lebih jelas serta boleh dicabut jika perlu. Seperti gaming headset lain, model ini didatangkan dengan butang kawalan pada bahagian ear cup yang boleh diakses dengan mudah. Audio yang dihasilkan juga agak baik bagi pelbagai kegunaan.

Anda boleh dapatkan SteelSeries Artics 1 All-Platform yang berharga RM249 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang SteelSeries Artics 1 All-Platform

5. Razer BlackShark V2 

Sumber Gambar: Shopee

Jika sebut gaming headset, anda turut boleh pertimbangkan sebuah model keluaran Razer yang dinamakan BlackShark V2. Bukan hanya menampilkan rekaan yang cukup premium, malah hadir bersama pelbagai ciri menarik untuk kegunaan para gamer profesional. Menerusinya, anda bakal dijamin dengan kualiti sistem audio yang terbaik bersama teknologi Razer™ Triforce Titanium 50 mm Drivers serta Spatial Audio.

Di samping itu, rekaan dan binaan yang ergonomik menjadikan sesi permainan anda terasa sangat selesa sepanjang masa. Mikrofon yang disertakan juga boleh menapis bunyi di sekeliling dalam masa yang sama menghasilkan bunyi yang jelas. Terdapat juga butang kawalan yang boleh diakses dengan mudah pada bahagian earcup.

Kini anda boleh dapatkan sebuah gaming headset keluaran Razer dengan harga RM309 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Razer BlackShark V2

Pilihan terbaik yang boleh dipertimbangkan daripada kesemua model  gaming headset yang disenaraikan adalah Razer BlackShark V2. Model ini mempunyai reputasi yang baik di kalangan pengguna oleh kerana sangat berbaloi dengan penawaran pelbagai ciri menarik menerusinya.

Diharapkan dengan senarai ini dapat memberikan pencerahan model-model  gaming headset yang boleh dipertimbangkan dalam mendapatkan pengalaman permainan seperti profesional. Malah, kualiti yang ditawarkan juga dapat memastikan anda boleh menggunakannya untuk tempoh jangka masa panjang.

Dalam pada itu, anda juga boleh mengetahui sejumlah monitor berbaloi dengan resolusi 4K yan boleh menjamin pengalaman permainan yang mengagumkan.

5 Monitor Berbaloi Pada Tahun 2022 Khusus Untuk Gaming Dengan Resolusi 4K

5 Kerusi Gaming Premium Yang Terbaik Dan Berkualiti Anda Boleh Dapatkan Pada Tahun 2022

Sumber