Apple iPhone seringkali dilihat sebagai jenama yang premium dan menjadi pilihan buat golongan selebriti dan bangsawan. Dalam pada itu, lambakan iPhone di pasaran secara tidak langsung membuatkan iPhone tidak lagi tampil eksklusif tampil unik.
Pilihan orang ramai untuk memakai iPhone dengan case untuk menjaga tubuh iPhone berkenaan daripada terjatuh serta untuk penggayaan membuatkan setiap iPhone yang digunakan pengguna tampil berbeza.
Namun, pernahkah anda terfikir jika terdapat iPhone case yang lebih bernilai dari sebuah Ferrari. Mari kita lihat lima iPhone case yang termahal di dunia.
1. Lux iPhone X Ingot 250 – $70,000 (~RM288,960)
Dibuat untuk model iPhone X daripada 250 gram 22 emas karat. Kini anda boleh menempah iPhone case kayangan ini di laman web rasmi mereka. Walaupun harga yang ditawarkan untuk case ini sangatlah mahal namun case ini tetap tidak dapat memberikan ketahanan sepatutnya kerana ia diperbuat daripada emas 22 karat yang sangat lembut dan mudah tercalar.
2. Goldgenie Donald Trump case – $151,000 (~RM623,328)
Case ini sangatlah unik dan benar – benar wujud. Dibuat daripada 24 karat emas paling tulen dan dihiasi dengan wajah Donald Trump dan rekaan ini diminta oleh seorang pelanggaan Goldgenie sendiri.
Logo Apple dan tepi casing telah disatukan dengan berlian serta diukir “Edisi Terhad 1/1” dalam mempamerkan kelainan pada sarung ini.
3. Buccellati iPhone case – $208,000 (~RM850,000)
Buccellati merupakan pereka perhiasan terkenal Itali yang memgambil pendekatan penggunaan warna warni dan emas. Dengan hasil rekaan sebilangan matahari yang ditambah dengan berlian yang terpancar dan disulamkan dengan emas putih bagi memberikan visual yang unik untuk case telefon iPhone anda.
4. Anita Mai Tan Dragon and Spider – $880,000 (~RM3.6 juta)
Designer Anita Mai Tan telah menawarkan dua pilihan reka bentuk case iPhone yang sangat estetik dan mewah iaitu berbentuk naga dan labah – labah. Case berbentuk naga mempunyai 2,200 berlian 32 karat yang tertanam yang terdiri dari pelbagai warna. Labah – labah pula akan didatangi dengan 2,800 berlian 38 karat hitam dan tidak berwarna.
5. Alexander Amosu – $2.7 juta (~RM11.1juta)
Case iPhone dari jenama mewah Alexander Amosu ini telah direka khas untuk model iPhone 6 dengan bertahtakan berlian dan emas. Didatangi dengan 6,000 berlian dan logo Alexander Amosu yang disaluti emas pada bahagian belakang. Casing ini hanya dihasilkan dengan bilangan yang terhad dan memerlukan dua bulan untuk disiapkan.
Sesiapa yang mampu membeli iPhone case puluhan juta ini pasti mempunyai kuasa beli yang besar serta wang yang banyak. Sesetengah case kayangan ini mempunyai rekaan sangat menarik dan tidak pelik jika ada yang sanggup membelinya untuk tampak unik dan berbeza daripada pengguna yang lain.
Anda boleh membaca artikel – artikel kami yang terkini di pautan bawah.
Apple iPhone 13 Pro Mungkin Akan Ditawarkan Dengan Ruang Storan Sehingga 1TB
Usia Seawal 13 Tahun Sudah Pandai ‘Sexting’, Aplikasi Litmatch Perlu Dipantau Ibu Bapa