Dengan berbaki 2 hari lagi sebelum persidangan WWDC21 yang dinantikan oleh semua peminat teknologi, pelbagai info tertiris mengenai barisan peranti Apple iPhone 13 yang mungkin akan dilancarkan pada kali ini.

Antara informasi terkini mengenai peranti Apple iPhone 13 yang akan datang ialah semua variasi akan menerima fungsi sokongan sensor LiDAR termasuk versi bukan Pro. Fungsi LiDAR kini hanya terhad untuk pemgambilan gambar sewaktu lowlight dan Augmented Reality. Jangkaan sensor ini diperkenalkan dengan fungsi lain pada pelancaran nanti .

Vocket-iPhone-13-Sensor-LiDAR-header
Sumber Gambar: Macworld UK

Berdasarkan kenyataan dari Ives, hanya iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max sahaja yang akan ditawarkan dengan sokongan storan dalaman sehingga 1TB.  Malahan, dengan penawaran 1TB ini menjadikan barisan iPhone akan setara dengan dengan iPad Pro yang dilengkapi sehingga sokongan 2TB storan simpanan.

Kali ini dapat dilihat Apple bakal menawarkan satu peranti yang sangat berkuasa turut disertakan pelbagai fungsi bagi memberikan pengalaman baru serta peningkatan produktiviti seharian pengguna.

Anda juga turut boleh membaca mengenai ura – ura yang bakal diterima untuk barisan Apple iPhone 13 di pautan bawah. 

Apple iPhone 13 Dijangka Lebih Tebal Dengan Bateri Yang Lebih Besar

Ini Mungkin Senarai iPhone Yang Bakal Menerima Kemas Kini iOS 15