Pada tahun ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang bergiat aktif untuk meningkatkan prestasi liputan perkhidmatan internet di seluruh Malaysia berikutan usaha kerajaan untuk menambah liputan dan penggunaan rangkaian 5G secara berperingkat.

Menerusi laporan terbaru daripada SKMM telah memaklumkan berkenaan gangguan perkhidmatan telekomunikasi yang berlaku di Long Semadoh, Sarawak. Hal ini terjadi disebabkan masalah teknikal yang berlaku pada satelit MEASAT-3.

vocket-tech-news-sarawak-1
Sumber Gambar: Berita Satu

Pada ketika ini pihak MEASAT sedang berusaha sebaik mungkin membaiki menara-menara yang terjejas oleh gangguan pada satelit MEASAT -3 di seluruh negara. Kerja-kerja baik pulih bakal meliputi sekitar 40 kawasan lain di Sarawak berikutan masalah teknikal pada satelit tersebut dan dijangkakan bakal siap sepenuhnya pada pada minggu pertama Ogos depan.

Kawasan yang terkesan pasti menghadapi kesukaran untuk mengakses internet sepanjang proses baik pulih berlaku. Semoga masalah ini dapat diselesaikan segera memandangkan penggunaan perkhidmatan internet sangat penting pada masa kini.

Berikut 50 daerah dengan jumlah aduan yang tinggi berkaitan masalah rangkaian telekomunikasi di Malaysia.

50 Daerah Dengan Jumlah Aduan Masalah Tertinggi Rangkaian Telekomunikasi Di Malaysia

SKMM Perkenalkan Laman JENDELA, Mudahkan Pengguna Semak Kekuatan Liputan Telekomunikasi

Sumber