Mengambil gambar sendiri mungkin dilihat sebagai suatu perkara yang mudah. Dalam pada itu, mendapatkan sebuah gambar yang tampak meyakinkan dan cukup cantik untuk dikongsikan di media sosial mungkin agak sukar buat sesetengah individu.
Malah, tidak mengejutkan untuk mengetahui ramai daripada pengguna yang akan berkongsi gambar mereka bersama rakan terlebih dahulu dalam membincangkan gambar yang wajar di muat naik di media sosial selepas menghabiskan beberapa minit atau mungkin jam membuat suntingan.
Hal ini turut mendorong orang ramai dalam mendapatkan telefon pintar dengan penawaran kualiti kamera yang baik dalam memudahkan proses suntingan serta mendapatkan gambar terbaik.
Pada kali ini, Alexio Yeoh selaku jurugambar fesyen tempatan merangkap jurugambar rasmi bagi vivo V Series dengan hanya beberapa suntingan minimal tanpa perlu menggunakan filter yang pelbagai
1. Dapatkan lokasi yang mempunyai sumber pencahayaan yang baik
Mungkin yang ramai tidak tahu, pencahayaan yang baik sangat membantu dalam menampilkan sisi wajah seseorang sekaligus mengurangkan sebarang ketidakserasian kecil pada wajah. Adalah lebih baik sekiranya pengguna mendapatkan lokasi yang mampu menawarkan pencahayaan cahaya matahari yang optimum.
Antara lokasi atau masa untuk anda mendapatkan natural lighting yang sesuai adalah sewaktu senja di mana pencahayaan lembut sangat membantu dalam membantu mendapatkan selfie terbaik.
Selain itu, penggunaan vivo V23e 5G dilihat sangat membantu dalam membantu pengguna mendapatkan selfie terbaik menerusi penggunaan mod Natural Potrait beserta bantuan AI yang mampu meningkatkan keyakinan pengguna menerusi imej yang diambil di samping mengekalkan warna asal kulit muka pengguna.
2. Tampil lebih yakin dengan gaya posing anda
Sebuah lagi tip yang boleh dicuba anda untuk tampil lebih yakin di hadapan kamera. Percaya atau tidak, posing anda yang tampak yakin di hadapan kamera sekaligus bakal membuatkan imej yang terhasil lebih menarik berbanding gambar yang tanpa keyakinan.
Bukan sekadar menghalakan kamera di hadapan wajah dan ambil gambar, anda boleh cuba beberapa cara menerusi sisi yang berbeza serta tampil yakin dalam usaha mendapatkan imej yang menarik.
Salah satu tip yang boleh dicuba adalah menghalakan telefon pintar anda sedikit jarak dari wajah dan berada di paras mata anda. Para pengguna juga boleh cuba beberapa cara posing lain seperti sedang bermain dengan rambut dan sebagainya. Padankan juga bersama mod Double Exposure yang tersedia pada siri vivo V23e 5G dalam menghasilkan beberapa hasil gambar yang unik dan menarik.
3. Aktifkan mod ‘Night Mode’
Sekiranya sebelum ini selfie di tempat gelap merupakan ‘mimpi ngeri’ buat sesetengah pengguna berikutan hasil gambar yang malap serta tampak kabur, kini tidak lagi menerusi vivo V23e 5G.
Menerusi mod Night Mode yang dilengkapi dengan sokongan AI, para pengguna tidak lagi mempunyai masalah untuk mendapatkan gambar selfie bersama landskap yang memukau dengan hasil yang baik.
Semudah dapatkan lokasi yang menarik dan snap. Para pengguna sekadar perlu menantikan sekitar 2 saat dalam usaha vivo V23e 5G mendapatkan gambar dengan hasil yang jelas dan terang meskipun pada keadaan cahaya malap.
Menerusi tip mudah yang dikongsikan Alexio Yeoh selaku jurugambar rasmi bagi vivo V Series, pastinya tiada lagi masalah buat para orang ramai khususnya pengguna vivo v23e 5G mendapatkan gambar yang menarik sekaligus tampil yakin dalam berkongsi gambar selfie.
Ketahui juga kehebatan kucing ini dalam merakam sebuah filem yang dinamakan sebagai The PiCATsso dengan klik pautan di bawah.
vivo Malaysia Lancarkan The PiCATsso, Filem Yang Dirakam Oleh Kucing Menggunakan Siri X70
Hanya Sekadar Permainan Video, Netizen ‘Tertipu’ Dengan Sebahagian Video Perang Ukraine Dan Rusia