Bermula dengan menawarkan telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi berbaloi buat para pengguna, siapa sangka jenama vivo mampu melangkah jauh sehingga berjaya menawarkan sebuah telefon pintar dengan teknologi rakaman yang serba canggih.

Terbaharu, vivo Malaysia telah melancarkan sebuah filem pendek bertajuk The PiCATsso. Menariknya, filem pendek yang sarat dengan sinematografi yang menarik ini berjaya dirakam dengan hanya menggunakan model terbaru vivo iaitu siri vivo X70.

Menerusi filem pendek ini, anda dapat lihat bagaimana sebuah kucing yang tinggal bersama tuannya berjaya menjadi ‘director’ dengan bantuan siri vivo X70.

Meskipun agak mustahil, semuanya berjaya dijayakan menerusi teknologi VIS 5-axis Ultra Stable Video beserta teknologi Electronic Image Stabilisation (EIS) dan Optical Image Stabilisation (OIS) yang mampu menghasilkan sebuah video tanpa gegaran yang ekstrem serta mendapatkan gambar seakan kamera profesional.

Anda boleh tonton filem pendek The PiCATsso daripada vivo Malaysia ini untuk mengetahui lebih lanjut kehebatan siri vivo X70 serta kreativiti pasukan di sebalik filem pendek yang berjaya menghasilkan filem pendek ini.

Oh ya, pastikan anda tonton sehingga tamat filem pendek ini untuk melihat secret scene bagaimana kucing ini merakam dan membawa vivo siri X70 sekaligus memberi gambaran sebuah lagi filem pendek bakal dilancarkan kelak.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali vivo menghasilkan filem pendek menggunakan telefon pintar keluaran mereka sebaliknya filem The PiCATsso merupakan filem pendek ketiga daripada vivo Malaysia. Sebelum ini, vivo Malaysia turut pernah menghasilkan filem pendek KITA dan The Incident.

Siri vivo X70 hadir dengan dua model iaitu vivo X70 yang hadir dengan harga serendah RM2,499 dan boleh didapati menerusi vivo Malaysia E-store, Lazada dan Shopee.

Buat anda yang mahukan kuasa pemprosesan kamera yang berganda, vivo X70 Pro mungkin antara yang boleh dijadikan pilihan dengan harga RM3,299. Model flagship daripada vivo ini sedia didapatkan menerusi vivo Malaysia E-store, Lazada dan juga Shopee.

Lihat juga keindahan lokasi dalam negara menerusi lensa siri vivo X70 yang pastinya membuatkan anda terpukau dengan kualiti imej yang ditawarkan.

Bersempena Dengan Hari Malaysia, vivo Kongsi Keindahan Lokasi Dalam Negara Menerusi Lensa X70 Pro

vivo Lancarkan Siri X70 Dan TWS 2 Secara Rasmi Untuk Pasaran Malaysia