Salah satu cara YouTube menjana pendapatan adalah dengan menyajikan iklan  pada sesebuah video yand dimainkan. Nampaknya pihak Youtube mahu membuat pembaharuan di dalam ciri pengiklanan mereka.

Baca Juga:

Terbaharu, YouTube dilaporkan bakal memaparkan lima buah iklan dalam satu-satu masa pada awal video. Perkara ini mulai dikesan selepas pengguna Twitter dan Reddit yang memuat naik gambar menunjukkan lima iklan yang akan dimainkan sebelum video yang boleh diteruskan.

Sumber Gambar: Reddit

Hal yang demikian, pihak YouTube telah pun menjawab persoalan berkenaan itu yang mana iklan yang dimainkan lima kali berturut-turut ini hanya dibawah enam saat bagi setiap satu. Oleh sebab itu lima dimainkan berterusan berbanding dua iklan yang turut mengambil masa sehingga 30 saat.

Buat mereka yang tidak mahu melihat iklan sebegini, satu-satunya cara yang sedia ada adalah dengan melanggan YouTube Premium. Youtube Premium pada ketika ini berharga RM17.90 sebulan yang turut merangkumi akses YouTube Music bersamanya secara percuma.