Xiaomi Sasar Saingi Samsung Jadi Jenama No.1 Dunia Dalam Tempoh 3 Tahun Lagi

Xiaomi kini telah memperkenalkan sejumlah produk baharu termasuk telefon pintar Mix 4, pembesar suara pintar, tablet, televisyen dan anjing robotik dalam memaparkan kemampuan teknologi terkini yang dimiliki oleh mereka. CEO Xiaomi, Lei Jun juga telah mengumumkan misi baharu syarikat tersebut.

Menerusi pengumuman tersebut, Xiaomi sedang menyasarkan untuk menjadi jenama pengeluar nombor satu di dunia untuk telefon pintar dalam tempoh tiga tahun akan datang. Lei Jun juga mengucap terima kasih kepada semua kerana mempercayai jenama mereka sepanjang di dalam arena telefon pintar.

Sumber Gambar: Gsmarena

Buat masa ini, Xiaomi masih menduduki tangga kedua sebagai pengeluar peranti mudah alih di dunia dan telah melepasi Apple di dalam pegangan pasaran. Walaupun begitu, Xiaomi akan menyasarkan untuk mempertahankan kedudukan ketika ini sebelum mara ke peringkat seterusnya.

Xiaomi dilihat bernasib baik kerana berpeluang mengambil sebahagian besar pegangan pasaran Huawei yang kini tidak boleh bersaing disebabkan halangan dagangan kuasa besar. Perkara ini telah membuatkan jenama Xiaomi melonjak naik dengan lebih pantas dalam tempoh setahun dua ini.

Sementara itu, Xiaomi juga dilihat giat meneroka lebih banyak aspek teknologi dengan meningkatkan pelaburan dalam perihal berkenaan. Pelbagai pembaharuan yang bakal terjadi dan menjadi tanda tanya kepada orang ramai berkenaan strategi baharu yang diperkatakan.

Dalam usaha menjadi pengeluar jenama telefon pintar yang pertama di dunia, Xiaomi telah membina fasiliti kilang berteknologi tinggi bagi penghasilan peranti dengan pantas.

Mahu Tingkatkan Pengeluaran, Xiaomi Bina Kilang Dengan Penghasilan Peranti Setiap 3 Saat

Xiaomi Muncul Sebagai Pengeluar Telefon Pintar Nombor Satu Dunia Buat Pertama Kalinya

Sumber
Exit mobile version