Teknologi robot telah digunakan secara meluas dalam pelbagai sektor terutamanya sewaktu pandemik ini. Pelbagai syarikat pengeluar mengambil inisiatif ini untuk menggunakan teknologi robot dalam meningkatkan penghasilan produk. Syarikat Xiaomi juga tidak mahu melepaskan peluang dalam menawarkan peranti ke seluruh dunia.

Terbaharu, syarikat Xiaomi telah memulakan pembinaan kilang pintar di Beijing dengan nama gelaran Black Light Factory melalui laporan yang dibuat oleh CNTechPost. Pembangunan kilang baru ini sudah berada di fasa kedua memandangkan kejayaan pada kilang percubaan yang menghasilkan sejuta telefon pintar dalam setahun.

vocket-tech-news-xiaomi-factory
Sumber Gambar: GizmoChina

Keluasan kilang kedua ini dianggarkan sekitar 58,300 meter persegi bakal merangkumi sistem automasi daripada proses ujian sehingga proses pembungkusan yang akan dikendalikan oleh robot. Projek ini dijangka bakal siap sepenuhnya pada akhir tahun 2023.

Kemampuan kilang ini beroperasi selama 24 jam beserta teknologi yang tinggi bakal menghasilkan lebih 10 juta telefon pintar pada setiap tahun di mana sebuah peranti dapat disiapkan dalam tempoh tiga saat sahaja secara purata.

Namun begitu, sebilangan kecil pekerja masih diperlukan untuk membuat pemantauan dan penyelenggaraan dari semasa ke semasa. Syarikat Xiaomi dilihat sangat optimis dengan pembinaan kilang pintar terbaru ini. Sepertinya, pengguna juga bakal ditawarkan pelbagai jenis peranti dan inovasi oleh Xiaomi pada masa akan datang.

Sementara itu, Samsung bakal melabur sebanyak RM732 juta untuk meningkatkan pengeluaran di Seremban yang pasti memberi manfaat kepada ekonomi negara.

Samsung Dilaporkan Bakal Melabur RM732 Juta Untuk Tingkatkan Pengeluaran Bateri Di Seremban

Samsung Galaxy S22 Dijangka Tawarkan Kamera Utama 200MP Hasil Kerjasama Olympus

Sumber