Xiaomi Pad 5 Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Harga Bermula Daripada RM1,399

Xiaomi baru sahaja membuat pelancaran rasmi secara maya untuk peranti terbaharu mereka bagi pasaran Malaysia. Kini mereka membawakan sebuah tablet yang cukup berkuasa tinggi dikenali sebagai Xiaomi Pad 5 buat peminat tempatan.

Xiaomi Pad 5 hadir dengan skrin sebesar 11-inci IPS LCD yang juga menyokong refresh rate 120Hz dengan keterangan sehingga 500 nits pasti menjanjikan paparan visual yang lebih menarik serta pelayaran lancar menerusinya. Sokongan Dolby Vision dan ciri warna DCi-P3 menerusi paparan mampu menonjolkan warna yang lebih terang dan jelas.

Sumber Gambar: Gizchina

Selain itu, model ini dikuasakan cip pemproses Snapdragon 860 bersama memori 6 GB RAM dan storan dalaman sehingga 256 GB. Tablet ini mempunyai kapasiti bateri sebesar 8,720 mAH yang menjanjikan waktu penggunaan sehingga 16 jam dan boleh dicas semula menerusi pengecasan pantas 22.5W.

Dari segi fotografi pula, kamera utama dilengkapi dengan 13MP sementara kamera hadapan sebesar 8MP. Untuk menambah lagi keseronokan tontonan hiburan menerusinya, terdapat empat pembesar suara dengan sistem audio Dolby Atmos yang sudah pasti memberikan kualiti audio yang imersif.

Sumber Gambar: ubergizmo

Xiaomi Pad 5 akan ditawarkan pada harga RM1,399 untuk model 6GB/128GB dan bagi model 6GB/256GB pula boleh didapati dengan harga RM1,599. Untuk makluman, Xiaomi Smart Pen dijual secara berasingan dan belum dipastikan berkenaan harganya.

Ketahui empat sebab mengapa model Xiaomi 11T Pro yang baru dilancarkan ini bakal menggegarkan pasran telefon pintar Android.

4 Sebab Xiaomi 11T Pro Bakal Menggegarkan Pasaran Telefon Pintar Android

Siri Xiaomi 11 Dilancarkan Dengan Sokongan Pengecasan Hyper 120W Dan Refresh Rate 120Hz

Exit mobile version