Xiaomi merupakan salah satu jenama yang cukup dikenali oleh pengguna di dunia dan berjaya menembusi sejumlah pasaran dengan jayanya. Penawaran peranti yang berspesifikasi tinggi pada harga murah sememangnya menjadi daya tarikan untuk pengguna di luar sana.
Menerusi statistik terbaru Canalys yang dikongsikan, Xiaomi kini telah dinobatkan menjadi jenama telefon pintar pilihan rakyat Malaysia selepas berjaya menduduki tempat pertama dalam pengeluar telefon pintar di Malaysia pada tahun 2021 lalu. Xiaomi pada kali ini mempunyai pegangan pasaran sebanyak 25% pada tahun tersebut.
Sementara itu, ia diikuti dengan Samsung dengan pegangan sebanyak 22%, Vivo pula menduduki tangga ketiga di Malaysia dengan pegangan sebanyak 18%. Di tempat keempat pula jatuh kepada OPPO dengan pegangan berjumlah 16% dan realme hanya memegang sekitar 8% sahaja pada kali ini.
Difahamkan jumlah pegangan tersebut menunjukkan peningkatan tahunan sebanyak 93% yang sekaligus mendorong pertumbuhan tahunan Xiaomi di Malaysia paling tertinggi dalam senarai jenama telefon pintar teratas di Malaysia. Syarikat ini berjaya mengatasi jenama terkenal lain seperti Samsung, vivo dan OPPO.
Xiaomi dan Samsung masih berjaya menunjukkan peningkatan tahunan pada tahun lalu tetapi jenama lain dilihat mengalami penurunan yang berterusan. Mari kita lihat sekiranya syarikat Xiaomi mampu mengekalkan prestasinya yang baik untuk pasaran tempatan pada tahun 2022 pula.
Pada hari ini, kita bakal menyaksikan kemunculan siri Galaxy S22 yang bakal diperlihatkan pada acara Galaxy Unpacked di dalam talian tidak lama lagi.
Samsung Galaxy S22 Sah Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Pada 9 Februari 2022
Samsung Galaxy Siri S22 Bagi Pasaran Tempatan Bakal Menggunakan Cip Snapdragon