WhatsApp Business Bakal Tawarkan Pelan Berbayar Untuk Mengakses 1 Nombor Menerusi 10 Peranti Sekaligus

Sebelum ini, pihak pembangun WhatsApp sudah menawarkan satu ciri menarik yang menjadi kesukaan ramai iaitu ciri Linked Devices atau sokongan multi-peranti. Dengan ini, para pengguna boleh menggunakan WhatsApp web atau dekstop tanpa perlu mengakses peranti utama atau sambungan internet.

Walaupun dapat memudahkan pengguna mengakses mesej pada peranti lain, ia masih terhad kepada empat peranti sahaja sementara aplikasi lain seperti Telegram boleh dipautkan sebanyak yang diingini. Ciri Linked Devices ini akan dikembangkan lagi penawarannya untuk pengguna WhatsApp Business.

Sumber Gambar: WaBetaInfo

Menerusi ciri baharu ini, para pemilik bisnes khususnya dengan satu nombor telefon sahaja sudah boleh dipautkan kepada banyak peranti agar lebih mudah pekerja-pekerja untuk mengakses mesej atau menghubungi pelanggan dalam satu-satu masa.

Selain itu, WhatsApp mungkin akan hadir dengan pelan langganan untuk menikmati ciri tersebut. Walaupun masih tiada maklumat terperinci berkaitannya, dikatakan ciri Linked Devices menerusi pelan langganan berbayar ini boleh membenarkan satu nombor dipautkan kepada sepuluh peranti dalam satu masa agar pelbagai urusan boleh segera diselesaikan.

Pelan langganaan ini juga dikatakan adalah pilihan dan tidak wajib untuk digunakan. Sama-sama kita nantikan perincian berkaitan pelan langganan berbayar yang mungkin didedahkan tidak lama lagi oleh pihak pembangun.

Ikuti juga berita terkini berkaitan pembayaran berasaskan emas digital yang boleh dibuat oleh para pelanggan di Malakat Mall.

Malakat Mall Tawarkan Pembayaran Berasaskan Emas Digital Buat Para Pelanggan

Peniaga Shopee Bakal Tanggung Caj Untuk Barang Yang Dipulangkan Atau ‘Refund’ Bermula Bulan Hadapan

Sumber
Exit mobile version