Pada hari ini, setiap premis perniagaan boleh dikatakan sudah mempunyai sokongan pembayaran secara cashless seperti TNG eWallet, DuitNow, GrabPay dan seumpamanya. Malah, ada sebahagian peniaga yang lebih advance juga sedia menerima pembayaran menggunakan kriptowang.

Terbaharu, Malakat Mall kini mengorak langkah dengan menawarkan perkhidmatan transaksi menggunakan emas digital yang disediakan menerusi platform QM eWallet. Perkhidmatan ini berjaya dilaksanakan dengan hasil kerjasama Kumpulan Malakat Eco bersama syarikat Quantum Metal Sdn Bhd.

Sumber Gambar: Facebook Malakat Mall

Ini bermaksud para pelanggan Malakat Mall yang berbelanja di pusat beli belah ini berpeluang membuat transaksi pembayaran menggunakan emas digital. Difahamkan dengan kerjasama ini sekaligus menggantikan Malakat Pay dengan aplikasi QM Wallet kerana mempunyai sistem yang sudah lengkap.

Selain itu, mana-mana pelanggan yang membeli barangan atau membuat transaksi   di Malakat Mall atau Malakat Eco seperti Brainy Bunch, bengkel Malakat Mall Autocity dan Tea Amo, mereka boleh bayar menggunakan emas menerusi aplikasi QM Wallet.

Menariknya, MoU ini menawarkan emas percuma yang dikembalikan kepada pengguna dengan setiap pembelian yang dilakukan di kedai-kedai di Malakat Mall. Untuk tawaran ini, mereka mempunyai beberapa kategori iaitu di bahagian runcit akan menerima 3% emas percuma sementara membeli barang jenis perabot, DIY Malaya atau di kedai feshen Anak Jantan akan menerima sebanyak 10%.

Sebelum ini juga, sebuah syarikat penjual kereta import tempatan tawarkan kaedah pembayaran berasaskan kriptowang untuk pembelian kereta.

Syarikat Tempatan Ini Tawarkan Kaedah Bayaran Berasaskan Kriptowang Untuk Pembelian Kereta

Travala, Platform Tempahan Hotel Dengan Penerimaan Pembayaran Kriptowang