Aplikasi hiburan seperti TikTok sememangnya digemari oleh pelbagai lapisan umur dan ia mudah diakses tanpa sebarang tapisan. Konten-konten yang berbagai disiarkan secara tidak langsung turut mengundang kerisauan buat para ibu bapa sekiranya ditonton oleh kanak-kanak dan remaja. Oleh itu, para ibu bapa perlu pelajari cara kawal konten TikTok pada peranti anak-anak.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh akaun TikTok @wfsufina, beliau menerangkan cara kawal konten TikTok anak-anak menerusi fungsi Family Pairing yang sudah tersedia pada aplikasi tersebut. Dengan fungsi ini, terdapat beberapa kawalan konten yang lebih terperinci boleh dibuat. Berikut merupakan cara untuk mengaktifkan fungsi tersebut.

1. Pertama sekali, anda perlu pergi ke Settings yang berada di bahagian atas belah penjuru kanan pada paparan akaun TikTok anda.

cara kawal konten tiktok
Sumber Gambar: Aplikas TikTok

2. Selepas itu, cari ciri Family Pairing yang tersedia di bahagian bawah daripada senarai tetapan yang dipaparkan.

cara kawal konten tiktok
Sumber Gambar: Aplikasi TikTok

3. Anda klik pada Continue untuk meneruskan pengaktifan tetapan fungsi tersebut.

cara kawal konten tiktok
Sumber Gambar: Aplikasi TikTok

4. Terdapat dua pilihan sama ada sebagai ibu bapa iaitu Parent atau anak-anak iaitu Teen. Anda perlu pilih Parent dan klik Next untuk mengawasi penggunaan akaun TikTok anak-anak.

Sumber Gambar: Aplikasi TikTok

5. Kemudian, anda bakal dipaparkan dengan kod QR yang perlu dihubungkan dengan peranti anak-anak. Oleh itu, anda mesti berbuat perkara sedemikian sekali lagi pada peranti anak-anak dan pilih Teen pula.

Sumber Gambar: Aplikasi TikTok

6. Selepas itu, barulah anda boleh mengimbas kod QR dengan klik Scan Code untuk menghubungkan kedua-dua akaun TikTok bagi pengawasan terperinci.

Sumber Gambar: Aplikasi TikTok

Antara fungsi Family Pairing yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa adalah pengawalan masa yang diluangkan pada aplikasi tersebut. Maka, anak-anak boleh lebih fokus kepada kerja hakiki yang perlu disiapkan terlebih dahulu dan hanya mengakses aplikasi ini pada waktu terluang sahaja.

Kita sedia maklum konten yang ditayangkan pada TikTok sangatlah bebas oleh kerana hampir jutaan konten dimuat naik oleh pengguna sehinggakan pihak TikTok menghadapi kesukaran untuk menapis kesemuanya. Jadi, dengan fungsi ini dapat memastikan hanya konten bersesuaian yang ditayangkan kepada anak-anak.

@wfsufina

Teenagers vs ibubapa.. 🤣🤣 cuba share cara pendekatan anda . #TikTokGuru #JomBelajar #LearnOnTikTok #TahuKahAnda #bizmom #bisnesonline #yezzaaa

♬ original sound – Wfsufina | TikTok Teacher – Wfsufina | YourTikTokCoach

Selain menapis konten dan waktu diluangkan pada aplikasi ini, privasi anak-anak juga lebih terjamin kerana berada di bawah pengawasan anda. Mesej-mesej seperti gambar atau video daripada individu yang tidak dikenali juga boleh dikawal oleh ibu bapa. Anda juga boleh menetapkan akaun sebagai Private supaya orang luar tidak boleh akses dengan mudah.

Semoga dengan tutorial ini anda boleh mengawal penggunaan aplikasi TikTok anak-anak yang kini dilihat sangat mudah mengakses pelbagai konten tanpa tapisan terperinci. Bahkan, keselamatan anak-anak anda di internet juga lebih terjamin dengan adanya penyertaan ibu bapa.

Selain TikTok, Instagram juga kini sudah memperkenalkan ciri privasi baharu terutamanya dalam memastikan keselamatan golongan remaja di media sosial.

Mahu Elak Buli Siber, Instagram Perkenalkan Ciri Privasi Baharu Buat Para Pengguna

Instagram Bakal Kenakan Bayaran Langganan Kepada Pengguna, Bermula RM4.90 Sebulan

Sumber