Aplikasi yang disertakan virus adalah satu praktis yang biasa digunakan oleh penggodam yang mahu mengakses maklumat penting pada peranti. Bukan sahaja mampu menjadikan peranti anda menjadi perlahan, terdapat kemungkinan mereka mencuri maklumat bank lalu mengambil wang di dalam akaun.

Terbaharu, penyelidik keselamatan daripada Pradeo telah melaporkan penemuan empat yang ditawarkan di Google Play Store yang mengandungi perisian hasad di dalamnya. Perisian hasad yang dikenali sebagai Joker sudah lama kewujudannya dan kini kembali dengan berjaya menjangkiti lebih daripada 100,000 pengguna menerusi empat aplikasi ini.

Sumber Gambar: Pradeo

Keempat-empat aplikasi yang dimaksudkan adalah Smart SMS Messages, Blood Pressure Monitor, Quick Text SMS dan Voice Language Translator. Penyelidik mengatakan bahawa Joker bertindak melepasi ciri sekuriti peranti Android dengan beberapa mekanisme menerusi aplikas-aplikasi tersebut.

Salah satunya adalah ia bertindak membaca mesej SMS dan mengambil screenshot tanpa disedari pengguna. Kemudian, mereka akan memintas notifikasi yang diterima mangsa dan menggodam kata laluan OTP (one-time passwords) yang sepatutnya diterima pengguna. Ekoran itu, pengguna disyorkan untuk segera membuang kesemua aplikasi tersebut.

Sebelum ini juga, Pradeo pernah melaporkan sebanyak 11 aplikasi lain yang dikesan membawa perisian hasad Joker bersamanya. Berikut merupakan 11 aplikasi yang didapati merbahaya buat pengguna dan perlu dibuagn segera:-

  1. Beautiful Themed Keyboard
  2. All Wallpaper Messenger
  3. Angina Reports
  4. Moon Horoscope
  5. Color Message
  6. Safety AppLock
  7. Convenient Scanner 2
  8. Push Message-Texting&SMS
  9. Emoji Wallpaper
  10. Separate Doc Scanner
  11. Fingertip GameBox

Diharapkan anda mengambil cakna mengenai aplikasi merbahaya yang tersedia di Google Play Store. Jadi, sebaiknya anda membuang kesemua aplikasi yang dinyatakan jika sudah dipasang pada peranti kerana tidak berguna menyesal di kemudian hari apabila berlaku kecurian wang di dalam akaun dan seumpamanya.

Sebelum ini sudah pun dilaporkan berkenaan lapan aplikasi Android yang dikesan mencuri wang daripada akaun pengguna di Malaysia.

8 Aplikasi Android Yang Dikesan Mencuri Wang Daripada Akaun Pengguna Di Malaysia

8 Aplikasi Mengandungi Virus Merbahaya Pengguna Android Perlu Buang

Sumber