Bored Ape Yacht Club merupakan antara pelopor utama di dalam dunia NFT dengan sejumlah koleksi NFT yang mampu mencecah jutaan ringgit. Kini pihak BAYC dilihat telah meneroka suatu perkara baharu yang boleh mengubah rupa NFT yang dimiliki kepada versi lain.

Terbaharu, pihak BAYC telah menawarkan serum Mega Mutant yang berharga 888.88 ETH (~RM14.21 juta) setiap satu. Populariti siri NFT ini yang semakin antara yang membuatkan NFT ini dijangka akan terus mengalami peningkatan harga. Serum ini telah diperkenalkan menerusi Bored Ape Chemistry Club dan dijual secara berasingan daripada BAYC asal.

Sumber Gambar: OpenSea

Terdapat sebanyak 10,000 serum Mega Mutant yang dilepaskan kepada kepada semua pemegang NFT Bored Ape. Serum ini juga dipecahkan kepada tiga peringkat yang dipanggil M1, M2 dan Mega Mutant yang mana akan mengubah karya NFT asal kepada versi mutant dan rupa asal NFT akan hilang selamanya.

Serum M1 dan M2 akan masih mengekalkan sejumlah ciri asal kera tersebut, sementara Mega Mutant pula berpotensi untuk mengubah keseluruhan karakter berkenaan yang sekaligus meningkatkan lagi nilainya.

Pada Ogos lalu, BAYC juga turut menawarkan sebanyak 10,000 NFT Ape Mutant dengan kejayaan mengutip keuntungan sehingga RM400 juta.

Bored Ape Yacht Club telah menyaksikan pertumbuhan yang besar sejak mula diperkenalkan pada bulan April lalu. NFT Bored Ape yang jarang ditemui kini djual pada harga RM14 juta sementara NFT dengan harga terendah daripada siri ini ditawarkan pada harga sekitar RM857,207. Perkembangan ini dilihat sudah mampu menandingi pesaing rapatnya iaitu CryptoPunks.

Selain menawarkan koleksi NFT, Yuga Lab turut mengumumkan perancangan untuk membangunkan permainan play-2-earn tersendiri.

Bored Ape Yacht Club Umum Rancangan Hasilkan Permainan Dengan Penggunaan NFT

Tersilap Titik Perpuluhan, NFT Ini Dijual Pada Harga 1% Sahaja Daripada Nilai Sebenar

Sumber