Sejak beberapa tahun terakhir ini, dapat dilihat gambar daripada pengguna iPhone tempatan sudah mulai sering memasuki laman rasmi Instagram Apple.

Untuk pengetahuan, Apple akan memilih gambar yang menarik daripada pengguna iPhone dalam memaparkan kualiti gambar yang dihasilkan menerusi model keluaran mereka. Terbaharu, sebuah lagi perkongsian berjaya dimuat naik Apple hasil gambar daripada seorang pengguna iPhone tempatan iaitu @nuaim.z__.

Menariknya menerusi gambar yang dikongsikan Apple ini, Nuaim berjaya menggabungkan penggunaan prop bersama gambar suasana sekitar membuatkan gambar tersebut tampil lebih menarik dan unik.

Menerusi temu bual Vocket bersama saudara Nuaim, beliau memaklumkan kesemua gambar tersebut berjaya diambil menggunakan Apple iPhone 11 Pro.

Gambar-gambar tersebut masing-masing berjaya diambil sekitar jam 6.45 pagi sehingga 8.00 pagi di Pantai Air Leleh, Pekan dan Pantai Teluk Cempedak, Kuantan.

Menerusi ruangan komen, dapat dilihat para netizen tampil mengucapkan tahniah dan bangga dengan kreativiti beliau sehingga berjaya disertakan dalam Instagram Apple tersebut.

Sumber: Instagram Apple
Sumber: Instagram Apple

Melihat kepada kekerapan Apple berkongsi gambar pengguna iPhone di Malaysia, sudah pastinya mereka yang berbakat dalam menghasilkan gambar yang terbaik berlumba-lumba untuk muncul dalam laman Instagram Apple.

Kami kongsikan dengan lebih lanjut beberapa lagi gambar daripada pengguna iPhone tempatan yang berjaya disertakan dalam Instagram Apple.

Rakaman ‘Slow-mo’ Air Terjun Di Pahang Pula Jadi Pilihan Instagram Apple

Giliran Gambar Pokok Kelapa Di Terengganu Pula Jadi Pilihan Instagram Apple

Gambar Sawah Padi Di Sabak Bernam ‘Viral’ Selepas Menjadi Pilihan Instagram Apple