Seperti yang kita sedia maklum, pada ketika ini Rusia dan Ukraine sedang menghadapi situasi yang tegang sehingga menarik perhatian seluruh dunia. Walaupun dikatakan Russia sudahpun menghentikan rancangan serangannya pada hari semalam, terdapat laporan terbaharu mengatakan mereka membuat serangan siber secara bersasar ke negara tersebut.
Menerusi perkongsian Reuters, Ukraine telah menghadapi serangan siber dengan mendakwa insiden pengodaman yang berlaku mungkin dilancarkan oleh pihak Russia sendiri. Antara laman sesawang yang terlibat dengan siri serangan kali ini adalah laman web Kementerian Pertahanan, pasukan tentera dan dua bank utama negara Ukraine.
Namun begitu, perkhidmatan di dua bank tersebut telah kembali pulih dan beroperasi seperti sedia kala manakala laman sesawang ketenteraan negara itu pula masih memaparkan mesej bahawa ia sedang diselenggara. Serangan siber ini berlaku ketika kedua-dua negara masih berada dalam ketegangan yang masih belum reda.
Hal ini membuatkan kerajaan Ukraine menunding jari ke arah Rusia kerana didakwa mereka masih berdegil dengan menghantar sebanyak 150,000 tenteranya di sempadan negara yang didakwa untuk melancarkan serangan ke atas negara tersebut meskipun pihak Rusia menafikannya.
Sementara Amerika Syarikat menerusi presidennya iaitu Joe Biden telah menegaskan bahawa mereka dan sekutunya akan bertindak balas ke atas sekiranya Ukraine diserang secara terus dengan ketenteraan mahupun serangan siber sehingga menggangu ekonomi mereka.
Ketegangan antara Ukraine dan Russia memuncak sebaik sahaja Presiden Russia, Vladimir Putin mendesak Pertubuhan Atlantik Utara (NATO) supaya tidak menerima negara tersebut sebagai ahlinya. Nampaknya perkara ini bakal berlanjutan buat seketika waktu sehingga mereka berjaya memeterai kata sepakat bagi kedua-dua pihak.
Tular baru-baru ini pengguna Touch ‘n Go eWallet digodam oleh penjenaya untuk membuat pembelian kredit permainan menerusi Steam.
Pengguna Touch ‘n Go eWallet Berisiko Digodam Untuk Pembelian Kredit Permainan Menerusi Steam
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Mengaku Akaun WhatsApp Dan Telegram Digodam