Bisnes dalam talian sudah menjadi salah satu sumber pendapatan alternatif yang boleh diterokai oleh semua orang. Dengan adanya platform e-dagang seperti Shopee sudah pasti dapat memudahkan mereka yang berminat menjual barangan secara dalam talian dengan lebih tersusun.
Oleh itu, pihak UiTM baru sahaja mengumumkan kerjasama dengan Shopee dalam membantu menerokai dunia bisnes alaf baharu serta melahirkan usahawan secara atas talian. Terdapat pelbagai produk yang ditawarkan oleh pelajar serta baucar potongan harga yang berbaloi.
Menerusi laman UiTM eMall, anda boleh menyemak penawaran mengikut kategori produk yang diinginkan serta tersedia pilihan penjual bulanan, produk yang dicadangkan serta pilihan orang ramai secara khusus. Boleh dikatakan majoriti pembeli juga meninggalkan respon yang positif terhadap produk yang ditawarkan.
Selain itu, pihak Kementerian turut berkerjasama dengan Shopee sebelum ini dengan mencipta sebuah alternatif jualan dalam talian yang dikenali sebagai Siswa Mall di Shopee.
Semoga dengan hebahan ini boleh membantu para pelajar membuat jualan dengan lebih banyak lagi serta menunjukkan sokongan kepada penjual tempatan.
Sementara itu, anda juga boleh mengetahui pilihan earbuds berbaloi yang boleh didapatkan pada harga di bawah RM60 melalui Shopee sahaja.
5 Earbuds Berbaloi Yang Boleh Anda Dapatkan Dengan Harga Serendah RM53.90 Di Shopee
6 Speaker Bluetooth Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Dengan Harga Serendah RM49 Sahaja