Penggunaan teknologi NFT sedang diterokai oleh ramai pihak dengan lebih meluas di dalam pelbagai bidang. Disebabkan setiap aset digital yang dikeluarkan mempunyai nombor siri yang unik, maka ramai pihak pembangun yang mencipta sejumlah karya NFT yang kemudian ditawarkan kepada umum.

Kini dilihat Ubisoft selaku pembangun permainan Ghost Recon Breakpoint telah mengintegrasikan ciri NFT ke dalam permainan mereka. Ubisoft Quartz telah dilancarkan yang bakal menjual sejumlah NFT yang dikenali sebagai Digits. Dengan pengenalan Ubisoft Quartz untuk pemain memperolehi Digits di mana buat pertama kalinya boleh dimainkan pada permainan AAA.

Digits merupakan cara baharu yang membolehkan pemain memakai pelbagai barangan kosmetik edisi terhad ini sewaktu bertempur di dalam dunia permainan tersebut. Para pembeli Digits bakal direkodkan pembelian yang mengesahkan mereka sebahagian daripada pemilik aset digital berkenaan.

NFT yang ditawarkan menerusi permainan tersebut termasuklah pakaian, senjata dan kenderaan yang boleh diguna. Setiap padanya hadir bersama nombor siri yang menandakan NFT hanya mempunyai di dalam jumlah yang terhad. Malah, kosmetik berkenaan boleh dijual kepada pengguna lain di platform jual beli NFT lain.

Sumber Gambar: Youtube

Bersempena pelancaran Ubisoft Quartz, Ubisoft dengan berbesar hati akan menawarkan beberapa Digits secara percuma kepada pengguna yang layak di beberapa pasaran terpilih minggu ini. Dalam peringkat awal ini, pemain hanya dibenarkan memiliki satu Digits edisi terhad pada satu-satu masa sahaja.

Selain itu, syarikat adidas sudah mengesahkan kerjasam dengan syarikat Coinbase untuk menyertai dunia meta tidak lama lagi.

adidas Sahkan Kerjasama Dengan Syarikat Coinbase Untuk Sertai Metaverse

Syarikat Pembangun Pokemon Go Bakal Lancarkan Platform ‘Metaverse’ Digelar Sebagai Lightship

Sumber