Boleh dikatakan majoriti platform media sosial hari ini membolehkan pengguna memberi hadiah atau tip kepada pencipta konten yang diminatinya. Maka, para pencipta konten boleh menjana pendapatan sampingan serta ada yang boleh berkerja sepenuh masa menerusinya.
Nampaknya kini Twitter juga mahu turut serta dengan menambah lagi sokongan ciri pembayaran tip seperti platform lain tetapi dengan menggunakan kriptowang Ethereum. Menerusi Tip Jar, para pengguna boleh kriptowang kepada pengguna-pengguna terpilih secara cepat dan mudah sahaja.
Have you set up Tips on your profile yet so it's easy for people to show their support?
Yes: Cool, we’ve added Paga, Barter by Flutterwave, Paytm, and the option to add your Ethereum address.
No: What are you waiting for? Here's how: https://t.co/Id5TwTpnCF
— Support (@Support) February 16, 2022
Malah disebabkan sudah menjadi pilihan platform media sosial utama buat pelabur kripto, Twitter turut memudahkan pengguna NFT yang melanggan kepada Twitter. Dengan Twitter Blue, ia membolehkan pemilik NFT untuk menggunakan karya yang dimiliki sebagai imej paparan akaun yang sah.
Dengan penambahan ciri kripto ini sememangnya dapat meningkatkan lagi jumlah pengguna baharu buat platform Twitter lantas memberikan saingan hebat kepada platform media sosial lain di luar sana. Bahkan, mereka boleh menarik minat orang ramai untuk mempelajari mengenai kripto dan NFT menerusi Twitter sahaja selepas ini.
Selain itu, Casetify juga sudah melancarkan sarung telefon khas untuk menayang karya NFT yang dimiliki secara fizikal pada gengaman tangan sahaja.
Sedia Ikuti Trend Semasa, McDonald’s Rancang Untuk Buka Restoran Maya Dalam Metaverse