Jenama aksesori telefon, Casetify sedia menawarkan sejumlah rekaan yang cukup menarik bagi pengguna yang mahukan kelainan pada sarung telefon yang dipakai. Para pengguna boleh membuat kustomasi mengikut citarasa masing-masing dengan mudah menerusi laman rasmi mereka.

Terbaharu, Casetify sudah mengumumkan pelancaran NFT Your Case iaitu sebuah platform baharu menggunakan teknologi pengesahan NFT untuk mencipta kustomasi sarung telefon. Dengan adanya sarung telefon ini, ia membolehkan anda melihat serta merasai pelaburan gambar digital NFT di dalam dunia yang sebenar.

Sumber Gambar: Twitter

Untuk mengesahkan pemilikan NFT, pengguna boleh memautkan ke dompet kripto masing-masing lalu memilih seni NFT untuk dicetak pada sarung telefon dan membeli menerusi platform rasmi Casetify. Platform ini menyokong dompet berasaskan MetaMask dan WalletConnect untuk memaut ke dompet digital pengguna bagi pengesahan NFT.

Setiap sarung telefon akan menampilkan kod QR bercetak yang dipautkan ke sumber asal NFT dan metadata bersama imej bercetak NFT itu sendiri. Terdapat projek NFT cip biru tertentu seperti Bored Ape Yacht Club akan disertakan dengan cincin kamera yang disahkan berwarna biru.

Semua projek NFT yang tidak disahkan bakal didatangkan dengan cincin kamera berwarna hitam yang ditandatangani oleh jenama itu. Pelancaran NFT Your Case ini membolehkan komuniti menayang karya seni digital mereka secara terus di tangan serta membuka peluang untuk menerokai pelbagai penawaran kreativiti di luar jangkaan di dalam metaverse.

Sarung telefon ini sedia ditawarkan pada harga bermula $45 (~RM188.39) dan juga boleh dibeli di dalam ETH.  Sarung telefon ini juga diperbuat daripada 65% bahan kitar semula serta mempunyai perlindungan jatuh ketinggian 10 kaki serta menyerap impak secara menyeluruh dan sokongan pengecasan MagSafe.

Selain Casetify, McDonald’s juga dilihat mahu mengikuti trend semasa dengan menawarkan karya NFT serta mengadakan acara konsert menerusi dunia meta kelak.

Sedia Ikuti Trend Semasa, McDonald’s Rancang Untuk Buka Restoran Maya Dalam Metaverse

Restoran NFT Pertama Dunia Bakal Dibuka Di New York Pada 2023

Sumber