Twitter Sedang Menguji Fungsi E-Dagang Dalam Memudahkan Urusan Jual Beli Secara Terus

Pada tahun ini Twitter dilihat sangat aktif dalam menawarkan pelbagai fungsi pada platform mereka. Sebelum ini, mereka telah menawarkan fungsi pesanan mesej dalam audio dan buletin langganan emel secara percuma buat penulis. Kini Twitter telah menjalankan ujian fungsi e-dagang pada platform mereka.

Fungsi e-dagang ini dikenali sebagai Twitter Shopping membolehkan sesebuah jenama menyenaraikan produk yang ingin dijual pada profil mereka. Kehadiran e-dagang membolehkan pengguna mengetahui maklumat lanjut berkaitan produk dan melakukan transaksi tanpa perlu meninggalkan aplikasi tersebut.

Sumber Gambar: Twitter

Twitter memaklumkan fungsi ini akan diuji di Amerika Syarikat yang hanya boleh didapati oleh pengguna Twitter di iOS sahaja. Di samping itu, integrasi ini hanya dibenarkan kepada bisnes yang mempunyai profil profesional serta masih diuji pada skala kecil.

Fungsi ini turut disediakan pada platform yang lain seperti Instagram, Facebook dan TikTok. Selepas ini anda boleh terus berinteraksi dengan jenama yang diminati serta mendapatkan produk dengan proses yang lebih pantas.

Selain itu, WhatsApp juga sedang bergiat aktif dalam menawarkan pelbagai fungsi terbaru seperti fungsi panggilan berkumpulan yang sedang diuji pada iOS ketika ini.

WhatsApp Call Untuk iOS Bakal Tawarkan Rekaan Dan Fungsi Yang Lebih Menarik

WhatsApp Bakal Tawarkan Fungsi Penghantaran Gambar Berkualiti Tinggi

Exit mobile version