Twitter kini sudah bersedia menguji ciri ‘Tip Jar’ kepada sebahagian pengguna di platformnya di mana pengguna boleh menghantar tip atau wang kepada akaun individu atau pencipta karya yang diminati. Pada ketika ini, ciri tersebut hanya menyokong penghantaran matawang biasa menerusi PayPal dan beberapa alternatif perkhidmatan kewangan lain juga.
Berikutan kriptowang sudah mula menjadi medium pembayaran bagi sesetengah entiti dalam urusan seharian, Twitter dilihat mahu mengadaptasi sokongan penghantaran tip dalam bentuk kriptowang pada ciri berkenaan.
#Twitter is working to allow you to add your #Bitcoin and #Ethereum address to your profile to receive tips via the Tip Jar feature đ
âšī¸ It is not necessary to link a Strike account to add them to your profile. pic.twitter.com/xT9Tg1vdzR
— Alessandro Paluzzi (@alex193a) September 2, 2021
Berdasarkan perkongsian Alessandro Paluzzi, Twitter sedang membangunkan pilihan pembayaran untuk Ethereum berserta Bitcoin sekaligus dan pengguna boleh menghantar terus menggunakan alamat Ethereum dan Bitcoin wallet. Menerusi servis ini juga, ia membolehkan penghantaran wang atau tip lebih pantas dengan percuma kepada akaun pengguna lain berbanding perkhidmatan kewangan yang biasa.
Ciri baharu ini dijangka bakal diperkenalkan dalam masa terdekat ini dan dilihat boleh impak yang baik kepada semua pihak yang terlibat di platform Twitter. Hal ini secara tidak langsung boleh menarik minat lebih banyak pengguna baru pada masa kelak.
Twitter juga dilihat sedang menguji fungsi e-dagang menerusi platformnya dalam memudahkan urusan jual beli secara terus.
Twitter Sedang Menguji Fungsi E-Dagang Dalam Memudahkan Urusan Jual Beli Secara Terus
Hanya Setahun Sejak Diperkenalkan, Twitter Umum Tamatkan Fungsi Fleet Secara Rasmi