Sekiranya pada minggu lalu pihak Touch ‘n Go telah melancarkan kad Touch ‘n Go versi baharu yang dilengkapi dengan teknologi NFC, nampaknya bermula hari ini para pengguna berpeluang mendapatkannya menerusi aplikasi TNG eWallet.
Menariknya menerusi kad terbaru ini, para pengguna berpeluang tambah nilai semudah menggunakan telefon pintar menerusi teknologi NFC tanpa perlu ke kiosk berdekatan. Selain itu, pihak TnG tidak mengenakan sebarang surcaj sewaktu tambah nilai.
Pada hari ini, kad TnG sedia ditawarkan secara rasmi pada aplikasi TNG eWallet di mana orang berpeluang mendapatkannya dengan harga serendah RM10 beserta caj pengeposan RM5.
Dalam pada itu, berdasarkan semakan terbaru kami setakat artikel ditulis, pembeli yang baru mahu membeli kad TnG terpaksa menanti seketika berikutan kad TnG NFC yang sudah habis dijual. Para pengguna boleh mendapatkan aplikasi TnG eWallet menerusi Google Play Store dan Apple App Store.
Ketahu lebih lanjut mengenai kad yang baru sahaja dilancarkan TnG ini dengan klik pautan di bawah.
Ditawarkan Pada Harga RM10, TnG Lancarkan Kad Dengan Sokongan Tambah Nilai Menerusi Telefon Pintar
Netizen Kecewa Program ePemula Hanya Sah Untuk Pembelian Secara Offline Sahaja