Samsung sering membawakan siri peranti yang dijana dengan cip buat sendiri yang dikenali sebagai Exynos. Walaupun sentiasa diperkembangkan potensi dan prestasinya, ia masih dilihat sangat sukar untuk menyaingi kemampuan cip Qualcomm Snapdragon.
Menerusi perkongsian penganalisa popular, Ming-Chi Kuo kini menyasarkan Qualcomm akan menjadi pembekal cip pemprosesan utama untuk siri telefon pintar flagship Samsung akan datang iaitu Galaxy S23.
Perkara ini dikatakan sebagai peningkatan berbanding hanya 70% untuk siri Galaxy S22 sebelum ini. Untuk makluman, sebelum ini Samsung sedia memasarkan peranti dengan cip Exynos untuk pasaran tempatan namun pada tahun ini diberi variasi yang dijana dengan cip Snapdragon sepenuhnya.
Punca sebenar peralihan ini dikatakan ada berkait dengan prestasi Exynos 2300 pada tahun hadapan yang mungkin tidak mampu menyaingi prestasi cip SM8550 dari Qualcomm. Cip tersebut berkemungkinan besar akan diperkenalkan sebagai Snapdragon 8 Gen 2.
Malah, pelancaran cip Exynos 2200 pada tahun ini turut tidak dapat mencapai hasrat dengan menerima pelbagai ulasa negatif terhadapnya. Namun begitu, Samsung dikatakan sedang berusaha keras dalam menghasilkan cip khusus untuk Samsung Galaxy dan dijangka akan hadir menerusi Galaxy S25 pada tahun 2025.
Selain itu, Samsung juga dilaporkan sedang membangunkan kamera sensor sebesar 200 MP untuk siri Galaxy S23 kelak.
Samsung Dilaporkan Sedang Bangunkan Kamera Sensor Sebesar 200 Megapixel Buat Siri Galaxy S23
Bill Gates Pilih Guna Samsung Galaxy Fold3 Berbanding Microsoft Surface Duo 2