Samsung merupakan salah satu syarikat teknologi yang sangat kompetitif dengan menawarkan sejumlah teknologi baharu pada produknya. Bukan hanya mempunyai kepakaran membuat panel LCD semata-mata, kini kamera sensor yang dihasilkan oleh mereka jauh lebih maju mendahului pesaing lain.

Terbaharu, Samsung kini dilaporkan akan membangunkan sebuah kamera generasi baharu yang mempunyai sensor sebesar 200 megapixel yang bakal digunakan pada telefon pintar flagship kelak iaitu Galaxy S23.

Sumber Gambar: Vulcan post

Untuk makluman, Samsung sudah memperkenalkan sensor 200 megapixel sebelum ini dimana ia mampu menghasilkan gambar lebih tajam dan jelas bersama teknologi baharu yang dikenali sebagai ChameleonCell. Terdapat kemungkinan mereka akan menyertakan sensor generasi baharu ini pada telefon siri Galaxy S23 kelak.

Setakat ini, siri peranti flagship Samsung sudah pun dilengkapi dengan kamera 108-megapiksel. Dengan kehadiran sensor 200 megapixel sudah pasti menjadikan peranti mereka antara sensor kamera terbesar berbanding pesaing lain.

Bagaimanapun, Samsung juga dilihat perlu menggunakan cip pemprosesan yang berkuasa tinggi serta memori storan yang lebih bagus untuk menjayakan penggunaan sensor sebesar itu. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan kamera pada siri Galaxy S23 yang akan dikongsikan oleh pihak Samsung sendiri.

Dalam pada itu, Samsung juga dilaporkan sedang berbincang bersama Apple dalam melayakkan mereka sebagai salah satu pembekal cip M2.

Samsung Dilaporkan Dalam Perbincangan Bersama Apple Untuk Menjadi Pembekal Cip M2

Samsung Dijangka Tidak Lagi Sertakan Pengecas Pada Siri Galaxy A