Sebelum ini, kita sudah disajikan dengan berita berkenaan pihak Apple yang mahu menyertakan penggunaan eSim pada siri iPhone 14 kelak. Ditambah pula dengan kemas kini iOS 16 yang juga memperlihatkan ciri pindahan eSim menerusi bluetooth sahaja.

Kini Apple dilaporkan akan memberikan lebih fokus terhadap ciri eSim ini pada perantinya. Dengan langkah ini, Apple juga dilihat akan membuang ruangan slot SIM fizikal sekaligus memberikan ketahanan kalis air yang lebih baik. Pengguna selepas ini akan menghubungkan peranti kepada rangkaian menerusi eSim sahaja.

Sumber Gambar: iFixit

Malah, penggunaan eSIM dilihat satu usaha yang baik kerana pada ketika ini sudah ditawarkan secara meluas oleh syarikat telekomunikasi di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja, sejumlah syarikat telekomunikasi utama seperti Digi, Maxis, Celcom, U Mobile dan sebagainya tampil menawarkan eSim kepada pelanggannya.

Sekiranya perkara ini benar-benar terjadi, jumlah penggunaan eSim juga akan menaik secara drastik pada masa kelak. Sama-sama kita nantikan acara pelancaran iphone genarasi baru mereka pada 8 September 2022 ini.

Sekiranya anda masih belum kenal tentang eSIM, boleh klik pautan di bawah untuk mengetahui  perbezaan SIM fizikal dan eSIM dengan lebih lanjut.

Perbezaan Antara SIM Fizikal Dan eSIM Yang Ramai Tidak Ketahui

Perbezaan Antara Smart TV Dan Android TV Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Pembelian