Sebahagian daripada kita mungkin mempunyai dua nombor telefon berbeza termasuklah menggunakan eSIM bagi memudahkan urusan seharian. Namun, eSim ini sangat sukar untuk dipindahkan pada peranti baharu dari peranti lama yang digunakan.

Oleh itu, Apple dalam usaha memudahkan lagi  proses tersebut terutamanya bagi pengguna ekosistemnya berpeluang memindahkan nombor eSim daripada iPhone lama ke iPhone baharu semudah menerusi bluetooth sahaja. Semua ini boleh dibuat menerusi kemas kini iOS 16 kelak.

Sumber Gambar: MacRumors

Dengan ciri baharu ini, sewaktu anda menetapkan sesuatu telefon buat pertama kali, ia bakal menunjukkan pilihan memindahkan eSIM daripada iPhone lain dengan mengimbas kod QR atau lebih mudah menerusi sambungan bluetooth sahaja.

Bagaimanapun, penyedia rangkaian perlu menyediakan sokongan berkenaan agar ia boleh digunakan. Pengenalan ciri ini juga menunjukkan kita sedang menuju ke arah yang lebih canggih di mana lebih ramai akan menggunakan kad sim secara digital pada peranti masing-masing.

Sementara itu, tahukah anda tidak semua ciri iOS 16 boleh diakses oleh model yang iPhone 8 dan iPhone X ekoran penggunaan cip lama?

Ekoran Penggunaan Cip Lama, iPhone 8 Dan iPhone X Tidak Dapat Guna Beberapa Ciri iOS 16 Kelak

Apple Sedia Membolehkan Anda Gunakan iPhone Sebagai Webcam Pada MacBook