Pada hari ini semakin ramai pengguna berminat untuk menawarkan NFT masing-masing dengan harapan ia boleh terjual untuk menjana pendapatan sampingan. Antara pilihan platform yang sering digunakan oleh warga tempatan adalah OpenSea dan Pentas. Anda perlu ketahui perbezaan platform dagangan NFT tersebut sebelum tawarkan NFT sendiri.

Kedua-dua platform dagangan NFT ini mempunyai keunikan tersendiri yang menjadikan sebagai pilihan utama oleh artis atau pencipta karya. Oleh itu, mari kita lihat perbezaan platform dagangan NFT antara OpenSea dan Pentas untuk mereka yang mahu menawarkan karya digital kepada peminat di luar sana.

OpenSea

perbezaan platform dagangan nft
Sumber Gambar: OpenSea

OpenSea merupakan sebuah platform dagangan NFT terbesar dunia yang mana sedia menawarkan sejumlah besar projek karya digital terkemuka seperti BAYC, CryptoPunks, Doodles dan lain-lain lagi. Malah, platform OpenSea juga mudah untuk digunakan dan sering menerima kunjungan dalam jumlah yang besar pada setiap hari.

Sekiranya anda menyenaraikan sejumlah NFT pada platform ini, peluang untuk sesebuah NFT terjual mungkin lebih tinggi berikutan sasaran demografi yang lebih luas. Malah, perkara ini telah terbukti kerana terdapat seorang artis grafiti tempatan berjaya meraih keuntungan sehingga jutaan ringgit menerusi penjualan NFT di OpenSea.

perbezaan platform dagangan nft
Sumber Gambar: Options

Selanjutnya, OpenSea juga memerlukan anda menggunakan dompet digital berasaskan Ethereum untuk membuat berurusan mahupun mentokenkan NFT yang ingin disenaraikan.

Di samping itu, platform dagangan NFT ini juga membenarkan para pengkarya untuk menyenaraikan pelbagai jenis karya digital termasuklah barang koleksi, fotografi, muzik, hartanah maya, nama domain, kad dagangan digital dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung membolehkan anda menawarkan pelbagai jenis karya digital menerusinya.

Pentas

Sumber Gambar: Pentas

Selain itu, Pentas juga merupakan salah satu pilihan kegemaran pengkarya tempatan dalam menawarkan karya digital mereka. Platform ini kebiasaannya menerima kunjungan peminat NFT dari serantau Asia yang mana kini dilihat sudah banyak penyertaan ahli daripada negara lain di dalam platform tersebut.

Ditambah pula pihak Pentas sentiasa mempromosikan karya digital yang disenaraikan oleh anda di platform media sosial mereka, maka karya NFT yang ditawarkan juga dapat dikenali dengan lebih meluas di serata internet. Bahkan, jumlah dagangan NFT di platform ini dilihat sangatlah tinggi pada saban hari.

Sumber Gambar: Pentas

Menerusi Pentas, ia lebih menfokuskan media seperti gambar grafik, GIF atau video sahaja yang boleh ditokenkan setakat ini. Menariknya, gas fee yang dikenakan bagi setiap karya yang ingin ditokenkan serendah RM4 sahaja. Platform Pentas pula menyokong rangkaian kripto berasaskan Binance (BNB) dalam urusan jual beli melaluinya.

Selain artis grafik, ikon-ikon terkemuka serta kelab bolasepak Malaysia juga sudah mulai menyertai platform Pentas yang mana sudah pasti dapat meningkatkan lagi jumlah pengunjung melawatinya. Jika anda menghadapi sebarang masalah berkaitan token, anda boleh berhubung dengan pihak Pentas dengan mudah berbanding platform OpenSea.

Konklusinya, kedua-dua platform ini mempunyai kekuatan masing-masing yang sekaligus menjadi pilihan utama dalam menawarkan karya NFT. Jadi, anda boleh menilai sendiri platform mana yang lebih bersesuaian dengan citarasa anda untuk melakukan urusan dagangan NFT kelak.

Tahun ini turut menyaksikan Ghozali meraih jualan mencecah RM4.3 juta selepas seminggu menawarkannya pada platform OpenSea.

Hanya Dalam Tempoh Seminggu, Koleksi NFT Ghozali Berjaya Raih Hasil Jualan Mencecah RM4.3 Juta

Jadikan Gambar Sebagai NFT, ‘Selfie’ Harian Lelaki Ini Laris Selepas Tular Di Twitter