Kartunis Ujang sememangnya sangat terkenal di kalangan peminat komik mahupun animasi tempatan yang sudah membesar bersamanya sejak kecil lagi. Malah, pelbagai percapaian yang berjaya dikecapi oleh kartunis ini sepanjang di dalam karier seni beliau.

Dengan penerimaan NFT yang cukup baik di Malaysia hari ini, beliau juga dilaporkan giat mengembangkan penjualan karyanya yang berasaskan aset digital NFT selepas melihat potensi dan peluang di dalam ruang berkenaan. Walaupun baru sahaja menyertai platform Pentas, beliau sudah berjaya berdiri sebaris bersama artis terkemuka menerusi carta yang dikeluarkan platform berkenaan.

Sumber: pentas

Terbaharu, Ujang berjaya muncul antara 10 pelukis tempatan yang terlaris di dalam pasaran NFT. Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon turut menjelaskan pada mulanya tidak tahu menahu akan selok belok NFT tetapi dengan mencuba berdagang di pasaran berkenaan telah mengubah nasib pelukis sepertinya apabila hampir setiap hari  hasil karyanya berjaya terjual.

Setakat ini, karya seni beliau sudah terjual sebanyak 201 keping yang mana berjaya mengutip jumlah jualan sehingga RM58,604 dengan harga lantai 0.30 BNB (~RM548.90). Karya beliau dilihat berjaya terjual dengan harga setinggi 8.88BNB bersamaan RM16,193 mengikut pertukaran kadar semasa.

Sumber Gambar: Pentas

Dalam pada itu, Ujang turut mengatakan bahawa NFT adalah satu pasaran yang bertepatan perjuangannya lebih-lebih lagi berkaitan copyright dan ownership yang mana beliau sendiri sudah hadapi masalah ini sejak bertahun-tahun lamanya untuk memperjuangkan harta intelek ini.

Menerusi NFT juga, setiap karya akan ada tertera nama pemilikan walaupun telah dijual berulang-kali dan pengkarya asal masih menerima royalti. Hal ini sekaligus menjadi pendapatan pasif dalam meneruskan kelangsungan hidup para pengkarya.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar lebih ramai lagi pelukis tempatan memasuki pasaran NFT ini kerana membolehkan pereka artis untuk melindungi karya seni mereka serta meletakkan harga atau nilai pada aset mereka. Dengan insiatif ini, nasib para pengkarya dilihat lebih cerah untuk menjana pendapatan dan terus berkarya dalam industri tempatan.

Sementara itu, ketahui enam artis tempatan yang sudah mulai memasuki di dalam dunia NFT pada tahun ini.

6 Artis Tempatan Yang Sudah Terlibat Dalam Dunia NFT

Jualan Tertinggi Dalam Sejarah Pentas, Karya NFT ‘Rusuk Emas’ Terjual Dengan Harga RM52,044