Kehadiran internet sememangnya memudahkan orang ramai baik dari segi mencari maklumat, berhubung mahupun untuk menjana sumber pendapatan. Dalam pada itu, di sebalik kehadiran internet, individu yang berniat buruk juga nampaknya turut mengikut peralihan teknologi dengan cuba menipu secara dalam talian.

Di sebalik lambakan scam dan serangan virus di internet pada ketika ini, siapa sangka laporan daripada Microsoft menunjukkan Malaysia antara negara dengan kes melibatkan scam terendah di Asia. Malah, kes-kes ini turut menurun di Malaysia di saat negara lain menunjukkan peningkatan.

https___cdn.cnn.com_cnnnext_dam_assets_191125224853-phone-scam-stock-restricted
Sumber: CNN

Difahamkan, rakyat di Malaysia yang lebih berhati-hati dan cakna dengan sekuriti melibatkan scam antara yang membuatkan negara ini mengumpul jumlah kes yang rendah. Kes yang direkodkan ini melibatkan kes scam melibatkan individu dan juga serangan-serangan siber syarikat besar.

Singapura dan Hong Kong pula nampaknya menunjukkan data sebaliknya dimana kedua-dua negara ini mengumpul kes serangan siber tertinggi pada 2019 serta tiga kali ganda berbanding negara-negara lain. Hal ini berikutan warga Singapura dan Hong Kong yang mudah dan sering menjadi mangsa penggodam.

Diharap orang ramai lebih berhati-hati sepanjang menggunakan internet serta telefon pintar serta mengambil langkah berjaga-jaga dalam mengelakkan diri menjadi mangsa scam.

Ketahui juga bagaimana scammer ini menyamar sebagai pilot di Facebook untuk menipu wanita tempatan.

https://www.thevocket.com/lihat-bagaimana-scammer-menyamar-sebagai-pilot-di-facebook-untuk-tipu-wanita-tempatan/

https://www.thevocket.com/bayaran-penuh-dibuat-tetapi-rumah-terbengkalai-netizen-bongkar-scam-syarikat-milik-artis-veteran/