Google Maps sudah menjadi aplikasi navigasi penting buat pengguna di seluruh dunia. Pelbagai ciri yang disediakan dapat membantu pengguna merancang perjalanan daripada satu lokasi ke lokasi lain dengan lebih lancar.

Terbaharu, Google telah menambah ciri navigasi laluan berbasikal baharu pada aplikasi Maps untuk pengguna di Singapura yang boleh diakses menerusi peranti Android serta iOS dan juga versi dekstop. Singapura merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang boleh menikmati fungsi sebegini.

Sumber Gambar: Today

Ciri baharu ini bakal meliputi 6,800km laluan dan arah basikal yang mana telah diintegrasi dengan data lorong berbasikal dan sekatan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan. Hal ini sekaligus dapat membantu penunggang basikal daripada memasuki lebuh raya dan terowong yang berbahaya dan mematuhi akta trafik jalan raya.

Penunggang juga berpeluang menerokai laluan baharu serta ia hadir dengan ciri navigasi belokan demi belokan bersama anggaran masa ketibaan secara langsung dan mengetahui ketinggian laluan tertentu untuk kekal fokus pada jalan raya. Menariknya, ciri ini ditambah setelah mendapati carian laluan berbasikal di pelayar Google oleh pengguna secara mendadak.

Ciri ini dilihat sangat membantu lebih-lebih lagi selepas berlakunya pandemik di mana orang ramai mahu mengamalkan gaya hidup sihat seperti berbasikal. Sama-sama kita nantikan sama ada Malaysia juga berpeluang untuk menerima kemas kini ciri ini pada masa kelak atau sebaliknya.

Google Maps juga bakal menawarkan sokongan sokongan fungsi anggaran harga tol untuk perancangan perjalanan dengan baki secukupnya.

Mahu Mudahkan Pengguna, Google Maps Bakal Tawarkan Sokongan Fungsi Anggaran Harga Tol

Google Maps Bantu Orang Cacat Penglihatan Tiba Ke Destinasi Dengan Lebih Mudah

https://www.thevocket.com/rakyat-malaysia-lebih-cenderung-gunakan-google-maps-berbanding-waze/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20211111