Sony Xperia 5 III Sudah Boleh Dipra-tempah Pada Harga RM4,599

Sony Malaysia baru sahaja menawarkan Xperia Pro-I yang cukup berkuasa tinggi untuk pasaran Malaysia. Kini dilihat Sony mahu menawarkan pula satu lagi model baharu buat peminat Sony tempatan dengan pengenalan Sony Xperia 5 III.

Bercakap mengenai spesifikasi Xperia 5 III, ia hadir dengan skrin OLED 6.1-inci dengan sokongan refresh rate 120Hz. Peranti ini dijana dengan cip Snapdragon 888 5G berserta memori 8GB RAM dan juga storan sebesar 256GB. Ditambah pula bateri berkapasiti 4,500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 30W bersamanya.

Sumber Gambar: TechAdvisor

Dari segi fotografi pula, Xperia 5 III didatangkan dengan tri-kamera belakang dan ketiga-tiganya menggunakan sensor 12-megapixel yang telah ditala oleh syarikat Zeiss untuk penghasilan gambar dan video yang baik. Kamera hadapan hanya disertakan sebesar 8MP sahaja.

Terdapat sokongan lain yang turuh hadir seperti kalis air, bicu audio, ciri PS4 remote play, ciri audio Dolby Atmos dan juga 360 spatial sound menerusinya. Untuk makluman, peranti ini juga hanya ditawarkan dengan satu seleksi warna sahaja untuk pasaran tempatan iaitu hijau.

Sumber Gambar: Sony Malaysia

Bagi anda yang berminat, kini sudah boleh dipra-tempah yang dibuka sehingga 20 Disember 2021 kelak pada harga RM4,599. Setiap pra-tempahan yang dibuat bakal disertakan bersama fon kepala WB-XB700 secara percuma.

Sementara itu, Sony Xperia Pro-I turut ditawarkan pra-tempahan kepada peminat tempatan sehingga 15 Disember 2021 kelak.

Sony Xperia Pro-I Sedia Untuk Dipra-Tempah Di Malaysia Dengan Harga Bermula Daripada RM7,199

Setanding Dua iPhone 12 Pro, Sony Perkenalkan Xperia Pro Dengan Harga RM10,107

Sumber
Exit mobile version