Sony Walkman Dijual Pada Harga RM1,278.78 Di Lazada

Sekiranya anda lahir sekitar tahun 80-an atau awal 90-an kami yakin anda pasti cukup kenal serta mempunyai banyak kenangan bersama Sony Walkman. Gadget ini juga merupakan gadget yang sangat popular dikalangan para pelajar asrama suatu ketika dahulu sebelum tibanya penggunaan mp3 player.

Selepas 15 tahun Sony Walkman berlalu, Sony Walkman yang hadir dengan fungsi radio dan kaset ini jelas tidak lagi releven untuk digunakan. Walaubagaimanapun, model ini pastinya menyimpan 1001 nostalgia buat para penggunanya.

Melalui tinjauan kami di Lazada, didapati terdapat penjual yang menawarkan model klasik ini dengan harga yang jauh daripada harga asal serta tidak masuk akal. Jika dulunya model ini dijual pada harga sekitar RM100 kini model ini ditawarkan pada harga RM1,278.78.

Walaubagaimanapun, melihat kepada kesukaran untuk mendapatkan kembali model ini mungkin antara yang membuat model ini ditawarkan pada harga yang jauh lebih tinggi.

Buat anda yang sanggup melaburkan wang serta mahu mengembalikan nostalgia anda menggunakan Sony Walkman anda boleh klik disini untuk mendapatkan secara terus daripada Lazada sementara stok masi ada. Pastinya kenangan zaman remaja anda pertama kali memainkan kaset Linkin Park atau A.C.A.B bakal terubat.

Ketahui juga tip yang diamalkan FBI dan CIA dalam mengelakkan telefon pintar mudah digodam menerusi perkongsian Aman Shah.

Diamalkan FBI Dan CIA, Aman Shah Kongsi Tip Elak Telefon Pintar Digodam

Perbezaan Antara Smart TV Dan Android TV Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Buat Pembelian

Exit mobile version