Suruhanjaya Komunikasi dan Multmedia Malaysia kini meminta orang ramai berwaspada dengan SMS daripada GOV menggunakan nama MySejahtera. Mesej yang dihantar mengatakan terdapat bantuan khas kewangan telah dikreditkan ke akaun Touch ‘n Go eWallet.
SKMM mengatakan ID penghantar GOV telah disalahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan penipuan. Kebiasaannya, ID penghantar GOV ini telah dikhususkan untuk membuat pesanan khidmat awam berkaitan inisiatif kerajaan.
Dengan memanipulasi penggunaan ID GOV, maka orang ramai akan mudah tertipu kerana akan mengganggap mesej yang diterima adalah dari pihak kerajaan sendiri. Ditambah pula dengan krisis ekonomi kini membuatkan kita terdesak dan menjadi kurang berhati-hati dengan mesej perangkap sebegini.
Perkongsian SKMM ini hadir selepas peringatan sama dikeluarkan pihak Polis dan juga MySejahtera sebelum ini. Pihak SKMM turut mengatakan telah menyekat ke atas akses pautan palsu yang disebarkan melalui SMS tersebut. Jadi, anda diminta lebih cakna untuk menyemak kesahihan dan sumber sesuatu mesej terlebih dahulu.
Baru-baru ini, kerajaan telah meluluskan cukai jualan 10% terhadap barangan import yang dibeli dalam talian.
RUU Luluskan Cukai Jualan 10% Terhadap Barangan Import Yang Dibeli Dalam Talian
SneakerLAH Terima Pelaburan RM7 Juta Daripada Syarikat Gergasi Korea Selatan