SKMM selaku organisasi yang bertanggungjawab memantau prestasi arena tekomunikasi Malaysia telah berkongsikan beberapa intipati penting menerusi laporan tahunannya baru-baru ini. Selain menyasarkan peralihan 4G secara menyeluruh, SKMM juga menyentuh berkaitan jumlah aduan yang diterima oleh setiap syarikat telekomunikasi.

Menerusi informasi yang dikongsikan, Celcom dilihat menjadi syarikat telekomunikasi yang menerima jumlah aduan yang paling tertinggi sepanjang tahun 2021 lalu lalu diikuti dengan Maxis, Digi dan U Mobile.

Sumber Gambar: JENDELA

Dalam pada itu, corak aduan juga dilihat meningkat sebaik PKP dilaksanakan pada tahun lalu dan peningkatan secara mendadak terjadi pada bulan Jun 2021. Hal ini kerana dijangka jumlah pengguna yang tinggi di sesuatu kawasan sekaligus menjadikan trafik rangkaian terlalu sesak serta jumlah pengguna baharu yang bertambah.

Selain itu, antara aduan yang turut mencatatkan rekod tinggi pada sepanjang tahun 2021 adalah termasuk dengan kawasan liputan 4G yang lemah dan lebih teruk lagi ada yang mengalami ketiadaan sambungan 4G.

Untuk makluman, jumlah aduan yang dikongsikan ini adalah berdasarkan kepada data yang dihimpunkan melalui SKMM. Pihak SKMM juga menegaskan bahawa ia adalah peratusan yang kecil sahaja dan angka sebenar yang dijangka lebih tinggi hanya diketahui syarikat telekomunikasi sendiri.

Selain itu, SKMM juga mengesan masih ramai pengguna yang belum beralih ke peranti 4G dan hanya berbuat sedemikian sebaik penutupan 3G sepenuhnya.

440,000 Pengguna Masih Belum Beralih Ke Peranti 4G, SKMM Sasarkan Penutupan 3G Pada 31 Mac Ini

SKMM Akan Mula Mengawal Selia Perkhidmatan Awan Untuk Melindungi Data Pengguna

Sumber