Samsung merupakan salah satu syarikat gergasi yang giat aktif dalam meneroka teknologi-teknologi terkini dalam mempelbagaikan penawaran kepada para pengguna. Dengan perkembangan dunia meta pada hari ini, Samsung juga dilihat berminat untuk menyertainya dengan melabur pada sebuah platform berkaitan 3D bagi menjayakannya.
Terkini, Samsung dikatakan turut telah membuat pelaburan pada sebuah platform yang bernama Ready Player Me untuk menghasilkan avatar 3D bagi kegunaan pada dunia maya kelak. Samsung Electronics telah melabur sebanyak $13 juta (~RM54 juta) kepada startup ini untuk mengembangkan lagi potensi platform dunia meta tersebut.
Menerusi Ready Player Me, terdapat lebih daripada 900 dunia maya yang sedang diusahakan yang mana bakal menjana pendapatan melalui penjualan NFT dan kosmetik avatar di dalam permainan. Pengguna juga boleh menghasilkan watak maya yang konsisten untuk digunakan pada dunia meta lain juga.
Pelaburan ini juga akan membolehkan Samsung mempercepatkan penerokaan ke pasaran dunia meta. Selain Samsung, suntikan pelaburan ini juga turut disertai oleh beberapa pengasas syarikat besar lain yang melihat potensi pasaran dunia meta yang cukup besar dalam beberapa tahun mendatang.
adidas juga sudah mengesahkan tentang penyertaan mereka ke dalam dunia meta yang bernama adiVerse dengan kerjasama syarikat Coinbase baru-baru ini.
adidas Sahkan Kerjasama Dengan Syarikat Coinbase Untuk Sertai Metaverse
adidas Secara Rasminya Sertai Dunia Meta Dengan Melancarkan Koleksi NFT Pertama